Jumaat, 11 Ogos 2017

TIPU DAN BOHONG









Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru: Kerajaan BN gagal menunaikan janji manifesto membina 1 juta rumah Mampu Milik

10 Ogos 2017
Perumahan merupakan isu kempen utama PRU13. Oleh kerana orang muda ditekan dengan peningkatan kos harga rumah, Barisan Nasional terdesak untuk menubuhkan PR1MA untuk membina rumah mampu milik demi memenangi undi orang muda.

Dalam manifesto BN 2013, Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa
“Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerak oleh sektor swasta dan awam, termasuk 500,000 buah rumah PR1MA”
http://www.barisannasional.org.my/manifesto/menyediakan-rumah-mampu-milik

Dengan janji tersebut, BN telah memenangi undi orang muda. Dan faktor undi muda telah menjamin kemenangan kerajaan UMNO/BN.

Selepas lebih kurang 5 tahun, tiba masanya untuk mengaji semula janji-janji BN tentang 500,000 perumahan PR1MA. Maka saya telah menanya Perdana Menteri menyatakan jumlah rumah PR1MA yang telah siap dibina dan diserah kunci kepada pemilik dari penubuhan PR1MA hingga Jun 2017.

Jawapan saya dapati sangat mengejutkan. Setakat Jun 2017, hanya sebanyak 934 unit kediaman PR1Ma yang telah diserah kepada pemilik. Ini hanya 0.2% daripada janji manis yang dijanji kepada orang-orang muda.

Jawapan ini mendedahkan pembohongan UMNO/BN dari semua janji-janji manis Pilihanraya.

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru





----------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cilaka! Celaka kau orang muda! Korang dah janji nak buat rumah prima! Eh, korang dah janji nak jual rumah prima! Eh, korang dah janji nak beli rumah prima! Eh, korang dah janji nak bantu rumah prima! Eh, jap... baca semula jap...

Tanpa Nama berkata...

"always trust dishonesty 2 b dishonest"?????