Sabtu, 5 Ogos 2017

NAJIB PASANG PERISAI


PERISAI

UNTUK  

MAT MONGOL


KENYATAAN MEDIA

Pelantikan Tuan Haji Raus Titik Hitam Dalam Sejarah Kehakiman di Malaysia

Majlis mengangkat sumpah Tun Haji  Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara pada 4 Ogos 2017 telah menjadi satu titik hitam di dalam lembaran sejarah kehakiman dan perlembagaan negara kita.

Pelantikan ini, serta pelantikan Tuan Haji  Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, diteruskan oleh Najib walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk dari pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.

Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengambil pendirian yang cukup kuat dan berprinsip menentang pelantikan-pelantikan yang melanggar Perlembagaan ini, apabila mereka menyembahkan warkah berkenaan hal ini kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Ogos lalu.

Ketetapan yang diluluskan Mesyuarah Agung Luar Biasa Majlis Peguam pada 3 Ogos, termasuk pengisytiharan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Raus, membuktikan Majlis Peguam cukup prihatin terhadap pelantikan-pelantikan ini. 

Pelantikan-pelantikan ini menonjolkan sikap Najib yang langsung tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara kita ini. Tindakan-tindakan Najib ini hanya mementingkan diri sendiri dan menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa pada ketika Malaysia dibelenggu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara, yang mana Najib sendiri terbabit.

Tindakan terbaru ini terus menjadi bukti bahawa selagi Najib dan BN berkuasa, selagi itu nama baik negara dan kebajikan rakyat berada di dalam bahaya.

Marilah kita mengukuhkan iltizam dan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN dalam membangunkan negara yang berkhidmat demi rakyat, dan bukannya demi kelompok elit kecil yang tamak haloba lagi tidak berprinsip.

Anwar Ibrahim







----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ala...kesilapan teknikal je tu kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
pasang perisai pokok pisang keliling pantai
ikan todak sedang ganas
seluruh negara kapir menganas
jeles islam syumul najiba ros
jeles tengok pasangan abadi
umpama lela majnu umpama shah rukhan kajol kah kah kah..kehan....

Tanpa Nama berkata...

nama 'bapak blackout' mesti lar..........hitam

lu ingat puteh?
lu ingat kacang puteh?

woi!
jangan mimpi lagi!

Tanpa Nama berkata...

The newly-reappointed chief justice Md Raus Sharif has conceded that his reappointment is 'unprecedented' but said that it is still constitutional.

6th Generation Immigrant: Md Raus, aren't you sworn to preserve, protect and defend the federal constitution instead of pushing through 'unprecedented' exercises? Surely if you say that justice is done for your case (the retention in office), the rakyat can also postulate that justice is not seen as being done. This is the unfinished debate and a resolution is firstly very necessary. You should have taken the case to court yourself to get the correct interpretation of that clause in the Federal constitution and not come out with 'unprecedented' thoughts to brush people off.

Anonymous #44199885: Unfortunately, this is no simple matter. The constitution is unclear on whether the chief justice and Court of Appeal president can be appointed as additional judges, and in such circumstances where the appointment is being challenged as being unconstitutional, the proper course to take is to refuse the appointment.

Speaking sense: His argument misses the point. Not only should we expect justice to be done; it is also important that justice be seen to be done. The next time he is called to make judgments involving those he is beholden to in his 'appointment', who would really have any confidence that justice will be done? His inability to recognize or acknowledge the potential conflict of interest here is astounding.

Wira: How can the appointment be constitutional, when those who understand English read the relevant article in the constitution in the spirit it is written in, and think that it is unconstitutional? Every time people like you stretch the interpretation, the spirit of our constitution suffers. You are a learned judge. It's a shame you chose to accept the appointment without a constitutional amendment to the relevant wordings to make your appointment beyond reproach. You are already more than 66 years old. Why can't you just retire gracefully?

*jawapnya macam tt selalu cakap, kalau kat negara kapir harbi makan babi, orang yang bertanggungjawab pegang kuasa akan dengan agak mudah dan rela hati untuk letak jawatan, tapi di malayxia orang melayu mengaku Islam syumul lagi suci tunggang tunggek sembahyang dan berlapar dahaga puasa sebulan tiap tahun, amat susah nak lepas jawatan, kuasa dan gelaran yang bersamanya datang duit, harta dan kemegahan. Kalau boleh sampai saat dikambus pun masih maintain segala tu!

Tanpa Nama berkata...

mana ada titik yg tak hitam..tetek kalo dah lama pakai pun hitam inikan pula titik..najib letak jawatan maka najib didakwa, najib terus jadi pm maka najib dikepung..anwar peringat pertama, madey peringatan kedua..menunggu hari2 saekor najib isteri rosmah..