Isnin, 21 Ogos 2017

NAJIB MACAM NIGERIAN





INI BERAT

MAHATHIR

KATA NAJIB

PENYANGAK



Jangan percaya janji penyangak, kata Dr Mahathir



PERDANA Menteri Najib Razak yang semakin terdesak mahukan undi rakyat kini menabur janji sewenang-wenangnya dan tidak akan mengotakannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Harapan itu membangkitkan kembali kata-kata Presiden Umno lima tahun dahulu yang kononnya mahu memberikan peruntukan sebanyak RM5 bilion kepada Langkawi.

"Najib kata dekat Langkawi, banyak duit dia nak bagi. 5 tahun dahulu, masa itu saya masih baik lagi dengan Najib. Dia kata hendak bagi 5 bilion ringgit pada Langkawi. Satu sen duit pun tak dapat.

"Siapa boleh percaya janji penyangak," katanya yang menyifatkan Najib sebagai penyamun dan penyangak kerana terlibat dalam skandal RM42 bilion 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir melabel Najib sedemikian berulang kali dihadapan lebih 2,000 hadirin di Ceramah Perdana, Medan Klebang Restu, Ipoh Perak malam tadi.

Mantan perdana menteri itu merujuk kepada kenyataan Najib pada 19 Ogos lalu mahu mengekalkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

Najib ketika itu turut melancarkan Projek Perumahan PPR bernilai RM242 juta yang dijangka siap menjelang 2019.

Beliau juga mahu mempertimbangkan permintaan Ahli Parlimen Langkawi Nawawi Ahmad, supaya hospital di pulau tersebut diperbesarkan untuk menampung peningkatan penduduk dan pelancong di Langkawi.

Justeru, Dr Mahathir mengingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji ahli Parlimen Pekan itu yang akan berterusan memberikan janji palsu.

"Dekat pilihan raya nanti dia (Najib) bagi duit. Dekat Felda dia nak mansuh hutang Felda. Hendak bagi lima ribu ringgit (kepada peneroka). Bila PRU akan beri sampai RM25,000. Tapi itu janji saja, duitnya tiada.

"Dia janji banyak itu sebab dia tak percaya dia boleh menang," katanya lagi.  

Dalam pada itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ceramah sama berkata kemelut 1MDB menjadikan rakyat malu mengaku sebagai warganegara Malaysia terutamanya orang Melayu.

"Sekarang ni, orang Melayu apabila ke luar negara malu nak mengakui diri warga Malaysia. Mereka kata mereka dari Brunei.  

"Kerana apabila kita kata kita dari Malaysia soalan yang akan ditanya, apa sudah jadi dengan PM kamu.

 "Inilah impak 1MDB kepada maruah negara kita," katanya lagi.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa impak 1MDB sehinggakan rakyat Malaysia enggan mengaku warganegara di luar negara. 

Sementara itu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Azizah yang kecewa apabila soalan berkaitan 1MDB ditolak untuk dibahaskan di sidang Parlimen baru-baru ini.

"Di dalam Dewan Rakyat sebanyak 30 soalan tentang 1MDB ditolak oleh Speaker. Saya bukan tanya mengenai siapa MO1 dan siapa terima cincin merah jambu," katanya yang mempertikaikan kenapa keputusan tersebut dibuat.

Ceramah itu yang dihadiri ramai rakyat pelbagai kaum yang datang dari sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Tambun mendapat sambutan luar biasa dan sorakan memuncak saat naiknya Dr Mahathir di pentas ceramah berkenaan. – 21 Ogos, 2017.


KAH KAH KAH

WOIT NAJIB

NI SAMA

MACAM 

GAGAK

NIGERIAN

KAH KAH KAH






----------------

Tiada ulasan: