Jumaat, 23 Jun 2017

PENIPUAN SPR - HUTAN MELINTANG




KENYATAAN MEDIA


Semalam, Khamis 22 Jun 2017, pada jam 11 pagi YB S Kesavan, ADUN Hutan Melintang, telah memulakan satu aksi mogok lapar 48 jam di hadapan Ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya sebagai tanda protes terhadap pihak SPR yang tidak menjawab beberapa isu yang telah beliau bangkitkan pada 19 Jun lalu, termasuk:



* Pemindahan dan pendaftaran pengundi-pengundi bukan pemastautin ke dalam DUN Hutan Melintang; dan

* Keengganan pihak SPR menerima 200 keping Borang Bantahan C berkait bantahan pemindahan masuk dan pendaftaran baru pengundi, di mana mereka ini dipercayai bukan pemastautin DUN Hutan Melintang.

Walau bagaimanapun, sekitar 9 malam pada 22 Jun 2017, beberapa penyokong yang berada bersama YB S Kesavan mendapati tahap kesihatan beliau agak merisaukan dan telah membuat keputusan memanggil ambulans untuk membawa beliau ke hospital Putrajaya. Keadaan beliau pada waktu ini difahamkan stabil dan semakin pulih.

KEADILAN pada ketika ini belum menerima maklumat daripada doktor yang merawat YB S Kesavan untuk mengesahkan atas sebab apa beliau terpaksa dihantar ke hospital. Kami mendoakan dan berharap agak beliau cepat sembuh.

Pada masa yang sama, KEADILAN menggesa pihak SPR untuk mengambil serius serta memberi jawapan penuh kepada pertanyaan dan bantahan yang dibuat YB S Kesavan. Proses pilihanraya termasuk pendaftaran pengundi perlu telus, adil dan terbuka untuk mengelak tohmahan, dakwaan dan persepsi negatif yang akan melemahkan sistem demokrasi dalam negara kita.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN





----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR melakukan kerja islam wasatiyyah. Mcm mana nak bantah

Tanpa Nama berkata...

ada lagi ke?
ada HUTAN lagi ke?
HUTAN yang mana?
HUTAN asal ke HUTAN KONKRIT ke HUTAN GETAH?

mogok lapar sampai kat 48 jam, tak akan mati!
kalo masih anak JANTAN, jangan NAFAS selama 48 minit!

belum sampai empat minit dah GAME OVER dah MAMPPOS!

nak tunjuk aksen aje!

POORAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

wa pernah cuba PUASA 72 jam, masih tak mampos lagi?
kenapa?
asalkan masih ada MINUM dan NAFAS!
aksi mogok lapar 48 jam tu, aksi setaraf budak baru lahir aje.
nak simpati ajer............

noname berkata...

nape puLak Lu Yg bising ..pe msLh ? apekah perLu bg kite meremehkan usahe org sedangkan dLm mase same kite berpuas hati skadar jd pemerhati.