Isnin, 9 Januari 2017

BERITA SEDIH YANG MENGGUMBIRAKAN









BERITA SEDIAH

YANG AMAT

BAWA GUMBIRA
Hampir 200 ahli Umno Pulau Pinang 

lompat ke PPBM
 | January 8, 2017
Ahmad Shamsudin yang merupakan ahli Umno hampir 5 dekad berkata, penduduk kampung kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti itu.





BUTTERWORTH: Kenaikan kos sara hidup dan tindakan beberapa bekas pemimpin Umno menubuhkan parti baharu adalah punca kira-kira 200 penduduk Kampung Tok Sani di Pulau Pinang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahmad Shamsudin yang merupakan ahli Umno hampir 5 dekad berkata, penduduk kampung kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti itu.
“Kos sara hidup naik. Nilai ringgit merosot. Keadaan semakin sukar bagi orang kampung seperti kami.
“Kami rasa kami tiada sesiapa untuk mengadu, macam tak ada orang yang peduli. Ketika lihat insiden yang berlaku dalam Umno, kami berkumpul dan berbincang. Kami putuskan tak salah cuba sertai PPBM,” katanya kepada FMT.
Ahmad mewakili jirannya menyerahkan 111 borang keahlian kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Marzuki Yahaya di kampung itu, hari ini. Ini adalah tambahan kepada kira-kira 80 borang keahlian yang sudah dihantar penduduk kampung itu kepada PPBM.
Ahmad berkata, penduduk kampung tidak pernah dipujuk menyertai parti itu kerana PPBM tidak menghantar wakilnya ke kampung terbabit untuk merekrut ahli.
“Kami hanya percaya PPBM adalah parti yang kita boleh harapkan. Sudah tentu, ada faktor Tun Dr Mahathir Mohamad juga,” katanya merujuk pengerusi PPBM yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini.
“Kami turut mempertimbangkan apa yang berlaku dalam Umno, beberapa pemimpin mempersoalkan pucuk pimpinan parti terhadap dakwaan salah laku. Mereka berjuang dan meninggalkan Umno,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku dalam PPBM sebagai “perkara kecil”.

KAPAL 

KETUANAN 

MELAYU DAH

TENGGELAM

RAMAI MULA

TERJUN LARI

INI HANYA

PERMULAAN

--------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berite xde nilai ekonomi ler tu.. dedak xsampai.. manusia xde jati diri mmg camtu..

Tanpa Nama berkata...

hnay org yg tidak kena gst saja wajar sokong najib.

yg kena gst wajib tolak najib

yg kena gst tk tolak najib tu bukan olang.. itu lumbuu

Tanpa Nama berkata...

"lompat si katak lompat...."


lirik lain dah lupa.......

dah 'keluar' berpoloh tahon......

dah 'berhijrah'

dah jadi rakyat 'lain'......woo hoooooo!

noname berkata...

tak kisah La Lumbu pn Lumbu La ..janji Lumbu Lapat LuLuk kondo bkn mcm Lu oLang Lapak LuLuk gobok buruk .. hehe

Tanpa Nama berkata...

Lumbuu shahrizat kondom. Kikiki