Isnin, 27 Julai 2015

KALAU NAJIB TERUS MEMIMPIN







MUHYiDDiN

MULA JADi

BERANi



Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat

SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
 
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
 
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.


KAH KAH KAH
woit
kalau najib terus 
jadi piem macam mana
berapa kerusi dapat
kalau rosmah ganti najib
macam mana
berapa kerusi dapat?

TERUS LAGi

-----------------

MIMPI JINNAKOLOJIS








MIMPI EEE
Perihal jinakologis Harun ini . Lebih baik kita suruh dia balik tidor sahaja kalau tidor bolih bermimpi maklumlah dia dah 2 kali bermimpi bertemu Nabi Muhamad.Manalah tahu dia dapat bermimpi nabi adam ka,nabi ibrahim ka nabi musa ka nabi isa ka atau nabi LUT ka.

Tapi jangan biar dia tidur lama sangat nanti dia mimpi Pengerusi Tabung tu hitam gelap susah nak kenal..nanti dia kata dia bermimpi berjumpa nabi muhamad kali yg ke3 on SUARA PAKAR JINNAKOLOJIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/26/15


-------------

DARI MANA NAJIB DAPAT DUIT




EL-GORDO LOTERI 
TERBESAR 
DALAM DUNIA





DARi MANA

 NAJIB DAPAT  

DUA BiLION

 RINGGiT

1- najib jumpa harta karun
2- najib menang loteri di spanyol
3- najib pecah tabung buluh
4- najib menang main golf
5- najib jual beg birkin
6- najib jual cincin berlian
7- najib dapat duit dari tok arab
8- najib ada pilihara toyol
9- najib jual tempoyak dan budu
10 -najib pinjam dari ah long


BERSEDiA

DENGAN 

JAWAPAN

NAJiB








------------------

SENYUM PETANG







FACE BOOK
























 .

Suaminya seorang yb pas yang baru keluar parti. Maka dia janda mangsa baiah talaq3

-----------------

NAJIB PUTAR LAGI








LAGi CERiTA 

KARUT DARi

NAJiB

Peguam Najib di luar negara cari ruang saman WSJ

Segala kemungkinan sedang diteliti dalam usaha memfailkan saman fitnah terhadap The Wall Street Journal (WSJ) yang tidak berganjak dengan laporannya mengenai berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Najib Razak, kata peguam Wan Azmir Wan Majid.
"Kami akan berjumpa anak guam kami (Najib) dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan dan mendapatkan arahan daripadanya," katanya kepada The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-najib-di-luar-negara-cari-ruang-saman-wsj#sthash.BZq7DkGA.dpuf


KAH KAH KAH
woit
jangan lah bodohkan melayu
janganlah bodohkan mak cik fedla
janganlah kelentong
janganlah tipu tipu
kalau tak berani saman
mengaku tak berani saman
jangan buat peluto
jangan membongak
jagan melebong
jangan bodohkan melayu
melayu dah ramai bodoh

PUNDREK


---------------

KJ SEDANG MERANCANG







KJ SENYAP

KERANA

 MERANCANG



Blog pro Umno sekali lagi dakwa Pemuda mahu jatuhkan Najib 

Selepas mendakwa pimpinan Pemuda Umno mengatur rancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April lalu, blog pro Umno, Mykmu.net sekali lagi tampil membuat dakwaan sama dalam entri terbarunya pada Sabtu.
Memetik rangkaian perbualan Whatsapp antara beberapa pemimpin Pemuda Umno, blog itu mendakwa terdapat pimpinan Pemuda Umno dan mereka yang rapat dengan ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dipercayai sedang bergerak mempengaruhi Pemuda agar tidak menyokong Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-pro-umno-sekali-lagi-dakwa-pemuda-mahu-jatuhkan-najib#sthash.fgliIh3r.dpuf

KAH KAH KAH
woit
satu malaysia silap
satu malaysia salah
satu malaysia tak sedar
khairy bukan hilang
khairy bukan takut
kahiry sedang merancang
khairy sedang menyusun
kahiry sedang mengatur
untuk jatuhkan najib
syabas teruskan lagi agenda baik

TAHNiAH



------------

TIKUS CABUT LARI










KAPAL NAK 

TENGGELAM

TiKUS CABUT 

LARi

KAH KAH KAH






-------------------

MANA KHAIRY JAMALUDDIN







MANA KETUA 

PEMUDA 

GEROMBOLAN


MANA KHAIRY


PRESIDEN 

KENA TIBAi


KENAPA TAK


DATANG 

BANTU

KAH KAH KAH



---------------

LAGI MEMERANJATKAN






SATU TANDA

Bukan USD700 juta tapi USD1 bilion, dakwa Azmin Ali

 | July 26, 2015
Beliau mendakwa angka terbaru itu diperoleh daripada pihak berkuasa.

 PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.
“Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.
“Angka terbaru yang saya perolehi daripada ‘authority’ USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri,” katanya di Pulau Pinang seperti dilapor media rasmi Kerajaan Selangor, Media Selangorku.
Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.
“Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya.


KAH KAH KAH
woit
bila azmin ali bercakap
ini tanda bahawa
najib akan lungkup
tanda najib tutup
tanda gari akan sampai

LUNGKUP





------------------

SATU JEMPUTAN








JEMPUTAN

PELANCARAN 

BUKU



1. Suara-suara melawan bukan suara orang yang kecewa atau berontak kosong. Suara-suara melawan adalah suara orang-orang yang berfikir tentang semalam dan hari ini, untuk masa hadapan.

Seeds of Dissent dari Dr Ying Hooi merakamkan analisa ke atas budaya melawan dan bagaimana ia membentuk masa depan kita semua. 

2. Kritik sosial dan politik penting untuk pembangunan masyarakat. Kegagalan kita adalah kita terlalu sibuk menilai orang lain sebelum memahami diri sendiri.

Ini Bukan Klise 2 oleh Amin Iskandar menyambung semula persoalan-persoalan yang dilontar dalam terbitan sebelumnya dengan tajuk yang sama.

Kedua-duanya dilancarkan bersama 28 Julai 2015 (Selasa), 8.00 malam di GerakBudaya oleh Zunar dengan diiringi kugiran The BangsArt.

Jemput hadir!



BUKU PEJUANG NASIONALIS KEMERDEKAAN


Pelancaran Buku 'Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari'

Tarikh : 2 Ogos 2015, Ahad
Masa : 10:00 am
Tempat : Bangunan LLG
              89 & 91, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama : Pusat Sejarah Rakyat & SIRD


Suara Bicara: Fragmen Memoir Said Zahari (suntingan Abdul Rahman Embong, 2015) merupakan fragmen memoir Said Zahari, dan sekaligus sebuah festschrift atau karya penghormatan untuk beliau. 

Buku ini yang merupakan buku ketiga dalam trilogi beliau meraikan sejarah hidup dan sumbangan besar Pak Said sebagai seorang wartawan veteran dan patriot angkatan lama kepada perjuangan kemerdekaan, kebebasan dan keadilan, serta sebagai lambang nurani kebebasan manusia sejagat. Buku ini memancarkan watak beliau yang penuh optimisme, yang tidak boleh ditundukkan baik oleh penjara, seksaan, dan penghinaan, mahupun oleh penyakit dan usia.

Pertanyaan 03-79578342


THE BANGSART
AKAN MEMBUAT
 PERSEMBAHAN



---------

SAH DAN SOHEH






SAH & SOHEH


Hentam Dr Mahathir hanya jadikannya ‘popular’, kata TPM


Pihak yang menghentam Mahathir Mohamad melakukan perbuatan sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas perdana menteri itu semakin melonjak naik, kata  Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri itu  merujuk kepada ahli Umno yang menggunakan media arus perdana untuk menghentam Mahathir kerana begitu lantang mengkritik pentadbiran Najib Razak terutama berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Muhyiddin, tindakan tersebut hanya menyebabkan kedudukan Barisan Nasional (BN) semakin lemah dan goyah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentam-dr-mahathir-hanya-jadikannya-popular-kata-tpm#sthash.etteXmBJ.dpuf


KAH KAH KAH
woit
sah dan soheh
muhyiddin disokong madey
sah dan soheh
muhyiddin geng madey
sah dan soheh
muhyiddin calon madey
sah dan soheh 
muhyiddin jadi piem

BETUL KE Ni?

----------------

MUNKEE TAK MEMBACA







'Saya baca The Edge dan ditegur'

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang boleh beri penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam Kabinet.

Timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau perlu mendapat maklumat daripada media termasuk akhbar minggu perniagaanThe Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

Malah, katanya, beliau bertanyakan kepada ahli ekonomi dan ahli parniagaan untuk memahaminya dan turut membaca The Edgeuntuk memahami isu itu.

KAH KAH KAH
woit
patutlah banyak
munkee bebal
tak tahu hal 1MDB
rupa rupanya tak membaca
the edge pun tak baca
oppps.... laaa... sori
the edge ini dalam BI

BEBALiSMA





----------------

TEMBAKAN PERTAMA












 TEMBAKAN 

PERTAMA
high noon 
diputra jaya
telah meledak
muhyiddin telah
melepaskan tembakan pertama
apakah najib akan menggelupor
apakah najib akan jatuh terbaring
satu dunia sedang menunggu


PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin



 Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.
Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi  hingga beratus juta dolar.

"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.
Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.
"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.
"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.
Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-perlu-jawab-tuduhan-duit-masuk-akaun-peribadinya-kata-muhyiddin#sthash.VxumQanP.dpuf

MENUNGGU 

SHERiFF 

DATANG

DENGAN GARi

-----------

NASEHAT MUHYIDDIN







Najib tak dengar nasihat saya letak jawatan dalam 1MDB, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau ada meminta Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tetapi tidak diendahkan perdana menteri.
Timbalan perdana menteri itu berkata, saranannya tidak bermaksud mempunyai niat jahat tapi tidak mahu Najib dikaitkan dengan skandal berterusan 1MDB yang boleh menjejaskan nama baiknya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tak-dengar-nasihat-saya-letak-jawatan-dalam-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.G77I1dOR.dpuf




KAH KAH KAH
woit
kesian muhyiddin
ada niat nak bantu najib
tapi najib tak ambil pot
kah kah kah
sepatutnya dalam hal negara
muhyiddin wajib tanya
wajib berbincang dengan rosmah

SEKALI LAGI
-------------

KALAU PARLIMEN BUBAR ESOK?







APA MAKNA

BERITA iNI
mahathir muhamad
selalu berkata kalau najib
terus menjadi pm
parti ketuanan melayu
akan kalah dalam PRU14

kali ini ucapan muhyiddin
sama dengan kata kata mahathir

ini ertinya mahathior dan muhyiddin
telah berpakat
telah sekepala
telah dalam satu saf
untuk menumbangkan najib



Kalau Parlimen bubar esok, BN kalah, kata Muhyiddin


26 Jul — Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini, kata Muhyiddin Yassin. Kebimbangan timbalan perdana menteri setelah melihat daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula…


KAH KAH KAH
woit
akhirnya muhyiddin bersuara
kelihatan suara muhyiddin 
semakian jelas
semakin terang 
suara untuk menjatuhkan najib

SOKONG

--------------

APA MAKNA BERITA INI?






APA MAKNA 

BERITA iNI?
maknanya
muhyiddin sedang
menentang najib 

mingguan the edge
telah digantung selama 3 bulan
oleh najib bin razak
mingguan ini dituduh
buat laporan  berita
yang tidak  betul
tentang najib dan 1MDB

tetapi muhyiddin kata
dia dapat maklumat 
dia dapat penjelasan
tentang 1MDB dari the edge

dari berita ini
jelas dibuktikan bahawa
najib dan muhyiddin 
sedang bergaduh
sedang bertelagah


Saya baca The Edge untuk faham 1MDB, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai.
"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-baca-the-edge-untuk-faham-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.QRvEjfLs.dpuf

KAH KAH KAH
muhyiddin telah memulakan tembakan
muhyiddin telah mula menyerang
kita lihat
kita tunggu
siapa akan jatuh

HIGH NOON


-----------

MINGGU AKHIR SAEKOR NAJIB







HARI HARI

AKHIR

SAEKOR NAJiB





Najib tak dengar nasihat saya letak jawatan dalam 1MDB, kata Muhyiddin


Kalau Parlimen bubar esok, BN kalah, kata Muhyiddin


Najib must answer WSJ’s allegations on fund transfers, says Muhyiddin



PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin



If not The Edge, then which source can be trusted for 1MDB reports, asks Muhyiddin


Kalau Parlimen bubar esok, BN kalah, kata Muhyiddin




TMi

THE MALAYSiAN 

INSiDER

SUDAH JADi

THE MUHYiDDIN

INSiDER

KAH KAH KAH

--------------