Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad ( gambar) berkata, masyarakat juga tertanya-tanya apakah sebenarnya motif perhimpunan berkenaan.

“Siapa sebenarnya yang ditentang mereka?  Najib  Razak, Rosmah Mansor ,institusi kehakiman atau kerajaan? Tiada penjelasan khusus mengenainya.

“Yang jelas, perhimpunan tersebut bersifat peribadi dengan tujuan membebaskan Anwar serta menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan kononnya mahkamah tidak adil dalam membuat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perhimpunan #KitaLawan yang bermula pukul 3 petang semalam menyaksikan pesertanya berarak menuju ke pusat beli-belah Sogo dari tiga kawasan seperti Masjid Jamek, Jalan Raja Laut dan Pejabat Agung Pas.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, kebanyakan golongan belia yang menyertai perhimpunan itu tidak tahu motif atau tujuan mereka hadir ke sana.

Katanya, kehadiran ramai anak muda bukanlah menunjukkan sokongan mereka kepada pakatan pembangkang kerana ada yang memberitahu tujuan mereka hadir adalah bagi memenuhi aktiviti hujung minggu.