Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Ibrahim Ali berkata, golongan berfikiran liberal sudah ada dalam kalangan pemimpin parti politik di negara ini dan amat berbahaya sekiranya tidak diatasi.

“Dahulu kita nasihatkan kalau nak umat Islam kuat, kita kenalah pilih pemimpin yang bersih, tak rasuah dan tak amal cara hidup mewah, tetapi sekarang kita kena juga berhati-hati agar tidak memilih pemimpin bersifat liberal.