SEREMBAN - Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab,77, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Ketua Umno Bahagian Jelebu, Jalaluddin Alias berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, akibat serangan jantung selepas jatuh dibilik air dirumahnya di Gedong Lalang,Ampangan, di sini.

"Jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Undang Luak Jelebu di Kuala Klawang, di sini," katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur esok