Ahad, 4 Mei 2014

AMARAN ! SILA AMBIL PERHATIAN






 


FACE BOOK  


Selain dari bantah GST dikenakan akibat perangai boros pemimpin umno BN, Rosmah yang perangai lebih sudu dari kuah juga kami tuntut .

Turunkan berat badan. Dah kehulu kehilir ikot Najib. Malu lahh.. kata bear kan marah..

-----------

HARIMAU JELUTONG





DENGAR  LIHAT 

dan 

BACA




KARPAL SINGH – HARIMAU JELUTUNG


saudaraku
kau telah pergi
kau gugur dalam perjalanan
kau gugur dalam tugas
kau gugur menegak keadilan

lalu menangis anak segala bangsa
lalu menangis tahanan dalam penjara
lalu menangis isteri yang suami akan digantung
lalu menangis ibu yang anak dalam lokap
lalu menangis perlembagaan persekutuan
tanpa peguam datang membela

matahari menjadi gersang
hujan turun ditengah hari
menangisi kau yang tiada lagi

karpal singh
oh karpal singh
kau menjunjung ubur perlembagaan
kau pejuang rakyat tertindas
kau penengak keadilan
kau dinobatkan harimau jelutung

saudaraku
terimalah salam ini dari aku
terimalah selamat jalan ini dari aku
terimalah seribu suara
terimalah seribu laungan
kaulah anak malaysia
kaulah pemangkin sejarah keadilan
kau dinobat harimau jelutong
kaulah wira anak semua bangsa

karpal singh
oh karpal singh
kau menjunjung ubur perlembagaan
kau pejuang rakyat tertindas
kau penengak keadilan
kau dinobatkan harimau jelutun


NOTA
lagu ini masih lagi cetak pertama
sedang diusahakan untuk dirakam
secara profesional
tunggu dan nanti
musik: nik jidan/mat celak
senikata: hisahamuddin rais

 -----------

RAMAIKAN LAGI PENGKHIANAT







KOMENTAR
ini yang kita perlukan
inlah pemimpin kesatuan 
yang wajib kita semua sanjung

berbanggalah wahai
semua pengkhianat

pemimpin sademikian
akan membakar kemarahan
pemimpin sademikian 
akan menjadi  penjawat awam meluat

tak perlu susah susah
tak perlu kempen menghasut hasut
tak perlu di ajar tentang gst
penjawat awam akan mendapat kesedaran
dari puncuk pimpianan

lagi banyak pemimpin saperti ini
lagi cepat 
lagi ampoh gerakan jalan raya
lagi ramai pengkhianat
lagi cepat kita bacakan talkin
untuk united malays national organisation

TENGOK DAN LIHAT


Cuepacs: Penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
  
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
  
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
  
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
 
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
  
"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.


 
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.
  
Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.
  
"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.
- TIEWNAMA

---------