SABAK BERNAM: Muhyiddin Yassin, berkata wujud kesedaran baru di kalangan rakyat negeri Selangor berhubung sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) selepas mereka menghadapi masalah di bawah pimpinan kerajaan pembangkang. 

Beliau berkata, ini menunjukkan BN mempunyai harapan baik untuk menebus kekalahan pada pilihan raya umum 2008. 
Katanya, daripada laporan yang diterima, keseluruhannya sokongan rakyat kepada BN adalah baik.