Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya  yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.

"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita 
berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon ketika dihubungi.