Isnin, 20 Februari 2012

AHAD INI KITA KUMPUL DI KUANTAN



NOTA:


sebelum terlambat
sebelum anak cucu cicit kita jadi mangsa
sebelum kita hangus
seblum kita semua jadi debu

sila turun ahad ini
kita bertemu di kuantan
kita membantah loji radioaktif
kita membantah hingga kilang bahaya ini ditutup

NOTA:
lihat gambar anak anak kecil ini
ini adalah mangsa radioktif
ini dalah mangsa kilang radio aktif yang pecah


JANGAN TERLAMBAT




KESAN GEBENG MAMPU SAMPAI KE THAI DAN SINGAPURA - mkini

Sebarang kejadian tidak diingini akibat projek Lynas Advance Material Plants (LAMP) di Gebeng didakwa boleh memberikan kesan lebih teruk daripada Bukit Merah sebelum ini, malah mampu menjejaskan persekitaran ke beberapa negara Asia Tenggara.

Jurutera kimia lulusan Universiti Manchester Lee Chee Hong berkata, Singapura dan Thailand mungkin terbabit sama sekiranya berlaku sebarang insiden.



Pengurus Serantau Intech Ltd itu juga berkata, berdasarkan hipotetikal, simulasi komputer dan analisis makmal, dakwaan tiada risiko dan radioaktif di tapak LAMP tidak realistik sama sekali.

"Pada pandangan saya, penilaian keselamatan oleh Lynas tidak dibuat secara profesional, menggunakan tahap keselamatan antarabangsa tertinggi.

"Dengan kebajikan kira-kira 700,000 penduduk Kuantan dalam lingkungan 30km daripada tapak Lamp, kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar tidak boleh diketepikan," katanya


KUANTAN AHAD INI



MANA DI PEJUANG GAZA

NOTA:
cakap cakap tentang agama
cakap cakap tentang islam
cakap cakap tentang nabi
cakap cakap tentang gaza
cakap cakap tenntang allah

semuanya karut
semuanya nak menipu mak cik felda
semuanya nak menipu pak cik felda
semua nak menipu orang kampong

mari kita lihat berapa ramai yang akan datang berdemo
sibuk pergi ke gaza
sibuk pergi ke palestin
sibuk pergi ke mesir
konon nak sokong palestin

nah sekarang israel datang ke pelabuhan klang
berapa ramai waira wira gaza akan datang

kuman di gaza nampak
tapi kepala bana depan mata tak nampak


NOTA:
ini juga bukti
bahawa kapitalisma
tidak ada agama
kapitalisma tidak ada bangsa
kapitalisma ialah mencari untuk maksima


INI BUKTI KAPAL ISRAEL



nota:
mana dia zul nordin
mana doa cikl gu azmi
mana dia pejuang gaza
mana dia hasan ali






HIMPUAN AMAN BANTAH KAPAL IARAEL 22 FEBUARI INI - harakah daily

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan aman bagi membantah kemasukan kapal kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang.


"Kami dengan ini menjemput semua warga yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan BN yang mengiktiraf Israel,” kata ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan.

Katanya, himpunan itu diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

Selain itu, beliau juga meminta agar semua pihak dapat menyebarkan maklumat itu sebagai tanda bantahan dan berusaha untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut.


AHAD INI DEMO DI KUANTAN


PROJEK JUAL AGAMA - NAK TIPU MELAYU










BN MESTI PERTAHAN PRINSIP NEGARA – berita hairan

Perjuangan menang PRU-13 benteng halang usaha pembangkang ubah ideologi

KUALA KANGSAR: Perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sekadar mahu mengekalkan kuasa politik, malah sebagai benteng untuk menghalang pengaruh dan anasir, termasuk pembangkang daripada menodai ideologi, nilai dan prinsip yang dipertahankan negara sejak sekian lama.

Muhyiddin Yassin, berkata apa yang dinyatakan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim berhubung undang-undang liwat yang disifatkan sebagai lapuk dan terbaru mengenai Israel serta kenyataan beberapa pemimpin pembangkang lain, jelas menunjukkan ada usaha mengubah ideologi, nilai dan prinsip berkenaan.

Justeru, dia berkata, perjuangan mempertahankan perkara itu termasuk nilai agama dan timur daripada dinodai menjadi satu jihad serta amanah yang mesti dipikul setiap ahli dan pemimpin parti.

“Jika kita biarkan pihak ini (pembangkang) ambil alih kuasa politik di negara ini, inilah yang akan berlaku dan ini sesuatu yang perlu kita elakkan...nauzubillah.

“Bermakna perjuangan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya bukan setakat untuk merebut kuasa politik, kita sebagai ahli UMNO iaitu pendukung kuat dalam Kerajaan BN mempunyai satu amanah yang lebih besar daripada itu.






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit..LAGI ALLAH DI REKRUT.... kah kah kah..

kah kah kah..ALLAH DI REKRUT UNTUK MENGHALKAN KEJAHATAN.... kah kah kah..

kah kah kah...HASAN ALI REKRUT ALLAH... kah kah kah..

kah kah kah....IBRAHIM ALI REKRUT ALLAH... kah kah kah..

kah kah kah... ZUL NORDIN REKRUT ALLAH...kah kah kah..

kah kah kah..SHAHRIZAT LEMBU REKRUT ALLAH..kah kah kah

kah kah kah..ROSMAH MANSOR PUN REKRUT ALLAH.... kah kah kah..

woit...SEMUA INI KERANA NAK TIPU MELAYU...kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA INI NAK BODOHKAN MELAYU.... kah kah kah

woit... SEMUA INI TAK ADA SANGKUT PAUT DENGAN ALLAH.... kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA INI UNTUK PERTAHAN KUASA.... kah kah kah..

kah kah kah.. BILA ADA KUASA BOLEH REMBAT HARTA KEKAYAAN.... kah kah kah..

woit... PISAH KAN AGAMA DARI POLITIK....kah kah kah..

kah kah kah...AGAMA YANG DIPOLITIKAN...MENJADIKAN AGAMA ITU KELIHATAN HINA...kah kah kah..

nota:
politik yang dipisah an dari agama
lebih abik dari agama yang dipolitikkan
asri bekas mufti perlis


AHAD INI PASTI DI KUANTAN


SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI



DIMANA KAU HARI INI?




PENCERAHAN DARI PEMBACA

Bila ulamak kita nak berperangai mcm nie? http://www.youtube.com/watch?v=s9kAVlnGMTU
By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

kalau budak tu kena bunuh hanya kerna puisinya di tweeter kita tak rasa bersalah ke? kita tak rasa malu mempunyai pemimpin seperti itu ke?
By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

hamzah kashgari apasal la kau bodoh sangat lari kat malaysia, kau lari ke mana pun negara tu akan usir ini kerana arab saudi adalah pengeluar petroleum terbesar di dunia takde satu negara pun berani menyinggung arab saudi kalau tak kena sekat minyak, kalau nak lari pun pergilah ke israel, hanya israel aje takkan usir kau balik ke arab saudi
By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

Salam Bro Hisham... hukum bunuh keatas murtad bukan dari al-Quran tetapi hukum itu dibuat berdasarkan lahwal hadis. Inilah yg membuatkan ramai orang salah faham dengan Islam dan menyangka Islam agama mafia, klik disini jika berminat mahu tahu bagaimana isunya...
By Jebon on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

Aq dah bace dah puisi bdk nie...mmg kurang ajar dan separuh biadap tol tulisan die! Tapi psl tu laa kite kene menegur die...kite kene ajar apew yg dibenarkan dlm agama...apew yg dilarang dlm agama...jgn ingat oleh krn die bangsa arab maka iman die mesti dah 100% kukuh...jgn ingat oleh krn die arab maka akidah die mesti dah 100%kukuh...jgn ingat oleh krn die orang arab maka lahir-lahir jew pengetahuan die ttg agama Islam dah cukup tinggi, sempurna dan expert.

Oleh sebab orang arab nie ingat diorang nie paling alim dlm bab agama Islam...tup2 adew lak arab yg jahil dlm agama dari segi adab dgn Nabi...terus dilabel murtad, sesat, rosak akidah dan mcm2 lagi...terus jadi outcast dan wajib dihukum dgn teruk. Kene laa phm bdk arab nie pon kadang2 mcm bdk melayu kita jew perangai nyer...cuba tanya bdk2 melayu yg lepak kat tepi jalan...apakah nama empat sahabat Nabi yg utama...klu dpt jawab tiga dgn tepat pon dah cukup baik...hahaha...rasional la cket. Kite patut nyer kene beri dia nasihat dan See more...
By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12


Saya rasa makin cerah dgn tulisan ini. Klu boleh, rasanya payah, TT Pamirkan puisi beliau utk Tujuan confirm. Saya mmg benci sesiapa pun yg hina nabi saya. Terapi, sekiranya puisi yg bermaksud lain, spt di tulis ini, saya pun benci sekiranya beliau di hukum. Cerita begini biasa di 'alami' apabila seorang seni menulis, mengungkap atau melakar, perasaan nya tanpa penghayatan yg Betul drpd masyarakat umum. Kenapa tidak berbicara dgn para seniman dahulu?

Melenting bukan Jalan terbaik. Agaknya begitulah apabila masyarakat di 'konservatif'kan terlalu oleh aliran pemikiran. Semoga beliau diadili dgn kefahaman di pihak yg mengadili. Saya takut, kezaliman akibat salah tanggap, menjemput kemurkaan Allah pd Kita semua. Astaghfirullahal 'azim
By pakcik lan on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

Inilah bukyti agama diguna2kan oleh pemerintah dan pengamal agama tersebut. http://batutepijalan.blogspot.com/2012/02/ds-anwar-terpaksa-menaiki-motor-untuk.html
By Batu Tepi Jalan on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12



Bila saya belajar di sekolah dulu, saya selalu diejek oleh rakan-rakan Melayu saya yang beragama Islam. Saya memaafkan mereka dan tidak timbul dihati saya sampai nak bunuh mereka semua kerana menghina saya dan agama saya kerana Buddha memaafkan orang yang menghinanya. Jauh sekali nak bunuh orang. Jadi saya nak tanya umat Islam yang mahu Hamzah Kashgari dibunuh kerana menghina Muhammad. Adakah Muhammad pantang dihina? Kalau dihina, maka dia nak mengamuk dan membunuh orang? Adakah itu sifat yang mulia? Mana lagi mulia - membunuh orang yang menghina kita atau memaafkan orang yang menghina kita?

Jika ramai diantara kita tidak membunuh orang yang menghina kita, adakah patut seorang nabi yang dianggap jauh lebih mulia membunuh orang yang menghina dia dan tidak lagi mahu mengikut ajarannya? Adakah ramai diantara kita lebih mulia daripada nabi yang diagung agungkan oleh umat Islam? Tengok apa yang umat Islam buat hari ini, nampaknya begitu.

Bila dihina, maka nak bunuh orang, nak bakar kedutaan asing, nak bakar KFC, nak bakar bendera, dan lain lain lagi. Jadi bila agama Islam dipandang rendah oleh orang-orang kafir, janganlah menyalahkan orang-orang kafir yang makan babi. Sudah tiba masanya umat Islam memeriksa diri sendiri. Ibrahim Ali melompat dari UMNO ke Semangat 46 dan kemudian ke UMNO dan PAS dan bebas. Mengapa ketua UMNO tidak menuntut Ibrahim Ali dipenjara dan disiksa sebagaimana umat Islam menuntut orang yang murtad dibunuh? Adakah ketua UMNO jauh lebih mulia daripada pengasas Islam? Sudah tentu anda yang beragama Islam akan kata TIDAK. Jadi mengapa anda mahu membunuh orang yang murtad seolah-olah Tuhan yang kamu sembah sangat terdesak dan teringinkan pengikut?

UMNO pun tak lah terdesak macam itu sampai nak bunuh bekas ahli UMNO yang meninggalkan UMNO dan mengutuk UMNO. Jadi sebenarnya kamulah yang menghina Tuhan atau Allah kamu dengan sifat kejam kamu itu seolah-olah standard kesabaran Tuhan dan pengasas kamu jauh lebih rendah daripada manusia biasa yang dapat memaafkan orang lain bila dihina. Orang Melayu beragama Islam suka cakap BERSABAR ITU SEPARUH DARI IMAN tetapi bila dihina, mereka terus melenting nak bunuh orang yang kononnya menghina agama mereka. Kalau tak percaya sila lihat komen-komen yang ditulis oleh umat Islam di blog blog yang membincang hal kontroversi mengenai umat Islam.
By Cinta Kedamaian Benci Keganasan on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12


salam..hak kebebasan dan bersuara bkn milik mutlak individu.ada had dan batas2 nya.kurang cerdik kalu anda menilai,simpul dan menghakimi sesuatu perkara berdasarkan ilmu dan pengalaman yg tak kemana serta trauma dan prejudis yg bersarang ddalam hati.dahulukan hak menilai,hak berfikir dan akhir nya berulah hak bersuara..lebih byk menulis dan bercakap berasas kan dendam dan poyo dalam diri,lebih byk kejahilan diri anda teserlah..salut farhana abdul halim kerna tunjukan kebodohan kamu..
By MARHAENIS on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

Orang yang pertama wajib dikenakan hukuman bunuh ialah raja arab saudi kerana bersekongkol dengan yahudi amerika untuk menyerang nregara islam lain dengan memberi tanah arab saudi sebagai pangkalan tentera yahudi,Ini la problem apabila orang fanatik agama ade kuase sehinngga tiada ruang kemaafan ,mereka ingat mereka allah ,mereka berhak untuk membunuh atas alasan menjaga kesucian agame

walhal keturunan rajagopal saud yang bersubahat dengan yahudi amerika tidak dihukum ,ulama raja mereka seperti keldai dan anjing sibuk mengampu raja mereka demi menjaga kuase mereka daripada ancaman anak muda, inilah padahnye apabila otak diletakkan di burit.Semoga saudi akan brerevolusi dan menjadi negara yang benar2 mengamalkan islam bkn kosmetik semata2 dan menjaga kota suci mekah sehingga hari kiamat
By BADEL on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

Hamzah Kashgari telah melakukan kesilapan yang besar dalam hidupnya, "tidak pandai menghormati hak orang lain". memang benar beliau boleh bercakap apa sahaja yang beliau hendak cakap, bahkan beliau berhak mengaku jadi "Tuhan" seperti firaun. Namun mencerca akidah dan pegangan dan agama orang lain boleh membangkitkan kemarahan dan sakit hati orang lain.

Tiada manusia dibumi ini yang boleh menerima bahawa agama dan ajaran mereka dihina, namun ketololan Hamzah Kashgari telah melangar batas tersebut. Sepatutnya Kashgari dihumban ketempat yang hina sebelum kemarahan umat Islam akan menghasilkan sesuatu yang lebih buruk.
By kalbunUMNO on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12


untuk mereka yang merestui dan mengusahakan penghantaran pulang hamza ke arab saudi..... mati kita raikan detik pembunuhan hamza seperti mana kita meraikan valentine day seperti mana kita meraikan hari kemenangan kita mendokong pemimpin membolot harta dan kuasa
By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

malaysia tak ada perjanjian ekstradisi antara dua negara tapi hubungan dagang minyak dan ekonomi secara umumnya malaysia hantar balik jugak budak tu. ni tak termasuk 11 dan 4 orang cina uighur muslim yg dihantar balik china yg dikehendaki oleh pemerintah china. salah seorang cina uighur muslim tu ada penterjemah di unhcr malaysia. ini la pemimpin islam malaysia
By pandakwira on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12

18 Februari 2012 11:26 PTG apsal ko bodoh sangat? kawan orang iran tu baling bom kat polis la bodoh. budak hamzah tu byk menulis pasal arab spring, arab saudi bangsat mmg tunggu masa je nak ngap dia. status twitter hamzah tu cuma dijadikan alasan semata-mata.
By Sepukal on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12


AHAD WAJIB DI KUANTAN


SURAT DARI SEORANG GAGALIST




SUCI KUDUS HATI DAN JIWA







SURAT KEPADA PENGARANG TUKAR TIUB

Kehadapan saudara TT – hyang tua tetapi nakal dan berjiwa seperti orang muda – hyang kool dan hyang berjaya. Semoga dalam keadaan baik-baik belaka.

Pada awalnya, saya tidak langsung ingin melayan catatan-catatan remeh dan ‘gagal’ oleh TT mengenai hari Velentine . Hal ini dengan tidak mengkesampingkan sebahagian besar catatan blog TT adalah catatan yang berjaya membawa kesedaran politik baru, cara analisa media dan pencerahan fikiran kepada umat manusia di Malaysia. Tetapi disebabkan datang pertanyaan bertalu-talu kepada saya, bertanya apakah saya gagal lagi pada Valentine tahun ini, saya terpaksa menulis surat ini.

Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,

Ketahuilah bahawa saya memang setiap tahun tidak melupakan untuk merayakan kedatangan hari bahagia Valentine. Setiap kedatangan bulan Februari, dada berdebar menanti, hati begitu pasti dan semakin dekat hari ketibaan, semakin kuat degupan jantung. Tahun ini, seperti tahun-tahun yang lalu, matahari pagi 14 Februari memancarkan sinar heningnya pada aliran air mata saya, yang dengan syahdunya mensyukuri, satu lagi Hari Valentine telah sampai, satu lagi tahun telah berlalu, dan saya masih tetap menyambut hari Valentine – pasti dengan cara yang tersendiri.

Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,

Ia sebagai memperingati lagenda kekejaman Maharaja Rom, Claudius II. Kerana keinginan melampau Claudius membangunkan ketenteraan Rom, maka orang-orang lelaki tidak dibenarkan berkahwin. Ini disebabkan jika mereka berkahwin, tumpuan untuk berkhidmat dalam tentera akan terganggu. Segala pertunangan dan perkahwinan dibatalkan. Lelaki dan perempuan dipisahkan.

Paderi Saint Valentine, secara senyap-senyap menikahkan para pasangan bercinta yang sedang meluap-luap berahi asmara mereka untuk bersama (bersenggama dan berkeluarga). Usaha murni paderi Valentinus ini dibantu oleh seorang lagi paderi iaitu Saint Marius. Kegiatan mereka ketahuan. Claudius menjatuhkan hukuman bunuh. Maka pada tanggal 14 Februari tahun 270, kira-kira tiga abad setelah kelahiran Isa Al Masih, kepala Saint Valentinus dipancung. Itulah harga yang perlu dibayar kerana menikahkan pasangan Rom.



Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,

Saya mengambil semangatnya, kisah lagenda seorang agamawan membantu perjuangan cinta anak-anak muda, sehingga terkorban dirinya – demi kesucian cinta, demi melawan kezaliman. Dari segi semangat ini saya merayakan hari Valentine. Tidak dengan keluar bertemu janji-makan malam dengan jambakan ros, cokelat dan lilin di meja. Malah pada suatu ketika dahulu, ketika saya pernah bercinta, hasrat saya untuk menghadiahkan sebiji bawang sempena hari Valentine telah mengakibatkan pertengkaran dengan bekas kekasih saya itu. Pertengkaran yang membantu mendorong perpisahan kami. Untuk saya bawang merupakan metafora cukup indah, melambangkan intipati sebahagian besar resepi masakan sedunia. Juga sewaktu memotong dan menghirisnya, ia perlukan kemahiran tertentu, kerana jika tidak rembesan jusnya boleh memedihkan mata, membuatkan kita menangis.

Saya akui saya 'gagal'. Tapi saya tidak kisah. Saya tidak peduli. Gagal lagi dan lagi dan lagi dan gagalika.

Setiap hari adalah 14 Februari, mana-mana adalah kota Roma!

Rahmat Haron


JANGAN LUPA TUNTUTAN INI



SETAHUN SESUDAH DATARAN TAHRIR




NOTA:


klip dari forum - setahun sesudah musim bunga arab
untuk mereka di luar kuala lumpur
dan untuk mereka yang todak datang malam itu

forum pada 9 febuari ini dianjirkan
oleh parti sosialis malaysia
ahli panel ialah tuan haji mat sabu
saudara chung kai dari parti sosialis
dan tukar tiub

forum di pengerusikan oleh saudara sevan


BAHAGIAN PERTAMA



BAHAGIAN KE DUA



BAHAGIAN KE TIGA


ALLAH DI REKRUT LAGI OLEH NAJIB




PANDDY KUTTY MULA BERTERBANGAN





PM: AWAS KENYATAAN PELIK BIN AJAIB
– mkin

Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini.

Tanpa menyebut nama ketua pembangkang secara jelas, Najib menganggap kenyataan sebegitu sebagai antara cabaran getir umat Islam hari ini.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

"Bila kenyataan bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana lapuk dan ketinggalan zaman, tertentu sekali terfikir pada kita kenapa undang-undang Allah tak boleh dijelmakan kepada bentuk undang-undan yang kawal manusia? Adakah undang-undang Allah lapuk?" katanya.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAJIB PUN DAH MULA REKRUT ALLAH.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAJIB BERCAKAP HAL ALLAH ... SAMALAH MACAM VINCENT TAN BERI KHUTUBAH JUMAAT.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAJIB CAKAP HAL ALLAH... SAMALAH MACAM LIM GOH TONG BERCAKAP TENTANG AYAT QURAN.... kah kah kah...

kah kah kah...BILA NAJIB BERCAKAP HAL ALLAH SAMALAH MACAM RAHIM TAMBI CIK BERCAKAP TENTANG KELUARGA BAHAGIA.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAJIB BERCAKAP HAL ALLAH SAMALAH MACAM RAIS YATIM BERI NASEHAT KEPADA AMAH INDON.... kah kah kah...

kah kah kah...BILA NAJIB BERCAKAP HAL ALLAH SAMALAH MACAM SHAHRIZAT BERCAKAP TENTANG BAHAYA MENCURI.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAJIB BERCAKAP HAL ALLAH.... ERTINYA ... BABI BOLEH TERBANG DAN IKAN BOLEH KAYUH BASIKAL..... kah kah kah



KITA TERBANG AHAD NANTI




TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS





JAM 12.30 MALAM - KERETA ANWAR DI SERANG GEROMBOLAN


cermin kereta anwar ibrahim
telah diserang oleh gerombolan
ketia program ceramah di semberong johor

300 orang pemuda gerombolan datang
menggangu ceramah

polis untuk pertama kalinya
telah menjalankan tugas dengan sopan
dengan tidak melakukan apa apa!


CERMIN KERETA ANWAR PECAH















CERAMAH HEBAT DI SEMBERONG JOHOR

seramai lebih dari 5000 warga semberong
telah datang mendengar ceramah anwar ibrahim

pemimpin pakatan :
syed hamid ali, hasan karim,
yb mike dari kapar
telah juga berceramah sama

semberong ialah tempat hishamudin husein
sokongan hebat dari warga semberong ini
semakin ramai peneroka felda di wilayah semberong
telah menakutkan menteri dalam negeri ini
yang kini dikatakan akan berpindah ke pengerang


NOTA:

hari hari akhir
untuk gerombolan



CERAMAH DI MERSING

berita awal telah melaporkan
hampir 10,000 orang telah datang
mendengar ceramah anwar ibrahim di mersing

anwar berceramah lebih awal di mersing
sebelum ceramah akhir di semberong


JANGAN LUPA AHAD INI