Jumaat, 20 Januari 2012

MAT KEMARUK KUASA - TAMBAH GILA LAGI



INI BUKAN MB KEDAH




AMAN CENTRAL TETAP DITERUSKAN - berita hairan


ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah akan meneruskan projek Aman Central berharga RM500 juta seperti yang dijadualkan, tanpa mengira sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau sebaliknya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lalu untuk menghalang madrasah itu dirobohkan, akan mengubah pendirian mereka. Writ saman itu akan didengar 6 Februari ini.

“Saya fikir masalah ini akan selesai, projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

“Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang,” katanya selepas jamuan dengan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Sri Mentaloon di sini, semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI MAT KEMARUK KUASA.... kah kah kah..

kah kah kah...KELMARIN BUKAN MAIN LAGI ...IKUT HUKUM NEGARA...kah kah kah..

kah kah kah...IKUT HUKUM MAHKAMAH ... AUKU MESTI DI GUNAKAN...kah kah kah..

kah kah kah..HARI INI AKAN LANGAR MAHKAMAH PULAK...kah kah kah..

woit...INI ADALAH PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA... kah kah kah..

kah kah kah..BUKAN SEMUA YANG BERJANGGUT ITU KAMBING... kah kah kah..

kah kah kah..BUKAN SEMUA YANG DAHI HITAM ITU LEBAI... kah kah kah


SIAPA JANTAN INI - SILA TEKA



CYBERTROOPER BERTEMU COUNTER CULTURE




NOTA:

dengar tukartiub
dengan tun feizal
temubual BFM







"I'm not a cybertrooper, I am a counter-culture." @IshamRais

http://bfm.my/assets/files/Current%20Affairs/2012-01-19_CA_Cybertroopers_Tun_Faisal_Hishamudin_Rais.mp3

ATAU

http://bit.ly/z9CCoJ





LEMBU DI BELAKANG TABIR




SHAHRIZAT DIJADIKAN LEMBU





NFC : PEJABAT AG TAK PUAS HATI SIASATAN POLIS – mkini

Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis dan mengarahkan mereka meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci.

Ketua Pendakwa, Jabatan Peguam Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan bahagiannya telah meminta pihak polis untuk menyiasat lanjut perkara itu.

"Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya.

NOTA:
apa maknanya semua ini
apa yang berlaku dibelakang tabir


INI KESAHNYA:
projek lembu ini dilulus zaman abdullah badawi
muhyiddin ketika itu menteri yang bertanggung jawan dalam hal pertanian
shahrizat ketua wanita umno telah memberi undi wanita kepada muhyiddin
ketika muhyiddin dilawan oleh ali rustam



KESAH BERTERUSAN:
bila kes ini kantoi
shahrizat kena tekan najib ambil peluang
bakar lagi keadaan
najin nak hubungkan kes lembu shahrizat ini dengan muhyiddin
kerana itu kes ini berpanjangan
kerana itu rafizi dapat maklumat satu demi satu t
kalau tak ada orang dalam yang bocorkan maklumat
kes lembu shahrizat ini dah lama tamat



NOTA:
najib hantar nazri untuk minta shahrizat letak jawatan
shahrizat amat berani
shahrizat tak gentar dengan najib
shahrizat kata kalau nak minta dia letak jawatan
biar najib sendiri yang dantang jumpa
kah kah kah
tu pasal shahrizat belah bercuti




PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOPKRASI




PERLU DIFAHAM SISTEM INI





PANDANGAN PEMBACA:

sebagai kapitalis kecik(petite capitalist) iaitu pemilik rumah2 ayam,rumah judi,factory-factory,stable horse dilembah kelang, aku nak bersurah fasal kapitalis. kapitalis memmebntuk pasaran yg tak wujud dan mengambil untung atas pasaran.kapitalisme bermula dari 1)sumber asli 2)peroleh sumber itu 3)perkilangan 4)pasaran 5)konsumer 6)landfill ekonomi bagus.import ekspot baik.kilang jadi.

masalahnya... kapitalisme melahap buroh dan bahan mentah dgn byk.sumber ada had.boroh tak cukup.kapitalisme tak kisah kau kerja kilang 12 jam tak ada OT gaji mcm bangla dpt. sumber asli akan habis.minyak,besi semua akan habis.kayu habis.puchong dulu ada lombong besi.betul2 bwh skve.mana bijih timah?timah jongang sj yg masih dara. kapitalime menghasilkan sampah.sbb matlamatnya org beli brg bukan guna barang.woi...kitar semula tak akan menjadi dimalaysia!pernah dgr org cakap "baik beli baru,lau repair mcm ko beli barang ni dua kali"

korg nak tengok kapitalisme?tanya anak korang dalam 3 minggu ni berapa kali milo@vitagen@steadler@kedai buku chap semut panggil beri ceramah pastu suruh beli barang.apa kaitan minum vitagen dgn otak?disuruh beli pensil amalina kalau nak pandai mcm dia. apasal?sbb duit ko lg wangi dr taik ko.

darah dan saraf kapitalime ialah duit fiat.apa tu?yang chap daulat tuanku tu.duit fiat pemegang nilai.tp kenapa ia jd x bernilai?krn ia boleh didagangkan.qarin duit fiat adalah inflasi.apa tu?susut nilai pada pemegang nilai.kenapa?dulu,tiap2 gram emas dibiakkan 80 keping duit seringgit.sekarang bg tiap gram emas dibiakkan 156 keping duit seringgt. apa pasal?sbb duit fiat dan ketul2 emas dua2 boleh dijual.

semua org nak nombor naik.masa ko sekolah dulu ko nak no1 ke no17? apasal ko nak beli durian ada nama?dah hafal ang heer,musang king bla bla serupalah dah pandai pilih makan.sbg penjual durian sejak 1991 aku dekah2 sampai cirit.gred menentukan nombor dan warna agong yg aku nk ambil. apasal nk beli astro?sbb kaya?sbb nk tgk bola?sbb nk tgk cleavage eva longoria?

tahun 97 dulu ada satu soap opera hongkong.aku dah lupa tajuknya,tp aku ingat nama watak.ting yee dan fong sun hop.simon yap yg berlakon.cerita tu bgtau dlm 5 episod cerita kapitalisme ni. pastu sapa yg dok penang tolong pesan kat dr muhammad hj salleh suruh dia balik kampung.org nak tanam sawit dah langgar batu perenggan.
By dukun melayu on INI BUKAN KALENDER MAYA on 1/19/12




SHAHRIZAT JADI LEMBU KORBAN




SATU LAGI PROJEK GEROMBOLAN





KENYATAAN RESMI

Salam Sdr/i

Saya sertakan reaksi awal mengenai saman RM100 juta yang dikemukakan
oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil hari ini untuk tindakan dan makluman.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi



SKANDAL NFC:
KEADILAN YAKIN UNTUK BERDEPAN DI MAHKAMAH


Saya dimaklumkan melalui media internet bahawa pada hari ini, Dato’
Seri Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100
juta terhadap saya dan YB Zuraida Kamaruddin atas penglibatan kami
mendedahkan skandal NFC setakat ini.

Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah
benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang
dibocorkan dari dalam NFC sendiri. Sebelum memulakan siri pendedahan
skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam
KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk
berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak. Peluang ini
memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa
mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

Pun begitu, Dato’ Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan
mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang
yang didedahkan setakat ini.

Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan
politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah
beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah.

Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan YB Zuraida Kamaruddin
yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Dato’
Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran
jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.

Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan
mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan
mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar. Peluang di
mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak
penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.

Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’
Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
19 JANUARI 2012


---------------




SHAHRIZAT FAIL SAMAN RM100 JUTA – berita hairan

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, i Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman fitnah RM100 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Wanita PKR berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ia difailkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di sini, sebentar tadi.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..AKHIRNYA LEMBU MASUK PERANGKAP...kah kah kah..

kah kah kah..AKHIR LEMBU JATUH KE DALAM GAUNG... kah kah kah..

kah kah kah...AKHIRNYA LEMBU MINTA LEHER DIPENGGAL.... kah kah kah..




HASAN ALI KAKI REMBAT





REMBAT


PAS DIPIJAK ,JADI PAK TURUT: HASAN ALI - mstar

PETALING JAYA: Hasan Mohamed Ali menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu, keputusan Menteri Besar Selangor, i Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya dilihat ganjil dan pelik serta memberi tamparan hebat kepada imej dan kedudukan PAS bersama komponen PKR dan DAP.

"Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada sekarang dilihat sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.

"Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah dipijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BAB PAS DIPIJAK INI BETUL... kah kah kah

kah kah kah...INI KENYATAAN YANG SAHEH...kah kah kah..

kah kah kah...HASAN ALI REMBAT DUIT HARAKAH 900,000 RINGGIT... kah kah kah..

kah kah kah...HARAKAH INI AKHBAR RESMI PARTI PAS.... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU REMBAT DUIT HARAKAH ERTINYA PIJAK PAS LAAAA... kah kah kah..

NOTA:
ini namanya menangis tidak berlagu
sesudah hilang jawatan