KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO pulih selepas kejutan pilihan raya 2008, dan ia kini cukup bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. 

Beliau berkata, kini terdapat perubahan ketara dalam soal kekuatan dan perpaduan dalam parti, ditambah lagi dengan proses tranformasi menguntungkan rakyat yang dilaksana Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.