Rabu, 23 November 2011

INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT




NOTA:

ini tulisan terbaru
yang sedang disiarkan
dalam suara keadilan
ini akhbar mingguan
parti keadlian rakyat

saya bukan ahli parti
saya menulis untuk
mengembangkan demokrasi

apa yang telah berlaku dalam
tulisan ini ialah:


ayat akhir - yang saya hitamkan-
telah dipotong
- untuk saya inilah
ayat yang paling penting untuk
merumus apa yang saya fikirkan
melupuskan ayat ini bermakna
melupuskan isi hati tulisan saya ini
tulisan sebagai satu kerja seni
memiliki isi hati
tulisan tanpa rasa hati
adalahb tulisan tidak jujur

saya tidak pernah menulis
pekara yang tidak saya yakini

dalam masa yang sama saya pulangkan
isu ini kepada para pembaca untuk
menilai apakah - ayat itu wajib dipotong
atau tidak harus dipotong

apa yang tuan taun baca ini
adalah integeral
tidak disunat
malah ada banyak salah ejaan
yang menjadi syle tukar tiub

selamat membaca
dan sila fikirlah masa
hadapan kita bersama parti keadilan rakyat
adakah media akan bebas atau terus membodek!


INI DINAMAKAN BERSUNAT





SELAMAT BERKUMPUL DAN BERBINCANG

Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan berkumpul untuk berkongres. Kali ini saya difahamkam di Johor. Wilayah ini sengaja dipilih kerana Johor ialah kubu kuat musuh. Saya rasa pemilihan ini cukup tepat. Sekali sekala gerombolan musuh ini wajib diserang dari dalam bilik tidor mereka sendiri.

Kerana bukan ahli parti, saya hanya berlapang untuk mengikuti tiga kongress tahunan PKR. Tiga kongress yang saya ikuti ini adalah tiga wilayah yang berbeza tempat, berbeza iklim dan suasana politik. Di Ipoh – didalam Tok Pekong , di Kuala Lumpur di Hotel Istana dan di Kota Bahru – dalam bangunan yang indah lagi empok.

Saya juga turut serta campur ketika merancang program pelancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dahulu. Pelancaran pergabungan untuk meresmi dan merayakan kelahiran Parti Keadilan Rakyat. Babak bersejarah ini dijalankan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur.

Dihari pelancaran itu saya merasakan suasananya tidak bagitu gah. Ini kerana dari pemahaman politik – saya anggap pergabungan ini adalah penggalangan barisan bersatu untuk membuka jalan ke arah Demokrasi Baru. Saya agak kecewa apabila ternampak masih banyak kerusi kosong di dalam dewan. Hari ini saya berani berkata yang datang pada hari itu adalah penyokong setia Anwar Ibrahim yang kebanyakan ialah Mak Cik Mak Cik. Mereka merasa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah dizalimi. Kumpulan kedua terbanyak ialah penyokong setia gerakan Reformasi Jalan Raya. Ini kerana mereka mahu meneruskan gerakan politik di jalan raya untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Wajib dicatitkan dalam sejarah bahawa ada dua kumpulan yang tidak bersetuju dan selesa dengan pergabungan. Kumpulan yang tidak bersetuju ini memiliki hujah politik masing-masing.

Ada kumpulan yang tidak meminati Parti Rakyat yang dianggap kiri dan merah. Ada juga yang menganggap parti Keadilan Nasional hanyalah serpihan dari gerombolan United Malay National Organisation. Malah Anwar dengan geng gerombolan United Malay National Organisation akan meninggalkan PKR bila keadaan dan suasana politik baru muncul.

Pada hemat saya , menganggap anggota Parti Keadilan Nasional sebagai serpihan gerombolan adalah fakta yang amat tepat. Menganggap Parti Rakyat memiliki lengok kiri juga agak tepat. Tetapi menuduh PRM sebagai merah agak keterlaluan. Ini samalah seperti berhujah bahawa Mawi ini sama setaraf dengan Bob Dylan. Atau menganggap Zainal Kling itu setaraf dengan Noam Chomsky. Ini anggapan yang amat meleset. Kenyataan ini bukan propaganda. Ini kenyataan bodoh.

Kemudian mari kita beralih ke Tok Pekong di Ipoh Perak. Untuk saya Kongress PKR di Ipoh ini adalah kongress yang bersejarah. Ini adalah kongress pertama sesudah pergabungan. Kongress ini amat kritikal kerana masih ada saki baki dan bengolan-bengolan yang menentang pergabungan menjalar liar didalam parti. Tungggul tunggul yang menentang pergabungan ini masih mencuba ‘ last kopek’ mereka. Di Ipoh bengolan dan tunggul-tunggul ini ditewaskan sekali lagi. PKR sesudah kongress di Ipoh dilihat semakin mantap. Di kongress ini juga Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya muncul sesudah dia dibebaskan dari penjara.

Kemudian Kongress Seremban dan di Pulau Pinang. Saya tidak ambil pot. Saya kembali mengikuti Kongress Hotel Istana di Kuala Lumpur. Kongress ini sebelum piliharaya umum 2008. Ketika ini hanya Wan Azizah seorang sahaja yang menang di Permatang Pauh – YB yang lain telah kaput. Malah ketika kongress ini dijalankan ramai juga yang telah mula menjauhkan diri dari PKR.

Saya masih ingat lagi di sesi penutup di Hotel Istana, Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini parti akan cuba menyediakan dana untuk duit cekeram bakal calon. Ini dapat tepokan gemuruh. Yang lainnya saya tak ingat. Mungkin tidak apa yang penting lahir dari kongress ini.

Kemudian Anwar berhijrah ke Amerika. Lalu timbul kesah kesah dari Haji Desas dan Lebai Desus yang berceloteh mengatakan bahwa Anwar sebenarnya sedang menunggu masa untuk dipanggil kembali memimpin United Malay National Organisation. Ketika ini Wan Azizah bersaorangan di Parlimen. Saya perhatikan bahawa ombak jalan raya telah mundur, ombak melawan juga telah kendur malah semakin ramai yang mula mengundur diri.

Anak anak muda yang dulunya hebat di jalan telah jatuh cinta dan ingin berumah tangga. Yang telah kahwin kini menjadi ayah dan ibu. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kini ingin memulakan penghidupan baru. Sayugia diingati, untuk saya mereka bukan meninggalkan perjuangan tetapi tidak lagi menjadi barisan hadapan.

Justeru, jangan silap tafsir mereka yang mengundur ini bukan seperti watak yang lari dengan kotak-kotak. Atau yang lari kerana kurang kaseh sayang. Yang lari dengan kota-kotak ini adalah langau dan lalat. Mereka keluar berbondong-bondong meninggalkan PKR untuk kembali berkumpul menghidu taik dan bangkai dengan harapan mendapat projek dan kontrek.


Kemudian Anwar Ibrahim pulang dari Amerika untuk aktif sekali lagi. Anwar Ibrahim yang telah bebas semenjak 2003 kini telah menjadi propagandis yang ampuh untuk PKR. Ceramah dan rapat-rapat Anwar dikatakan sebagai lautan manusia. Dimana sahaja Anwar berceramah beribu-ribu warga datang mendengar. Ini ‘hadis-hadis ‘ yang saya dengar tentang Anwar Ibrahim dari Tok Perawi yang saya anggap berat sebelah.

Untuk mensahehkan ‘hadis’ ini saya telah pergi melihat satu ceramah Anwar di Telok Intan. Pada malam itu saya melihat lebih dari 15 ribu warga telah turun mendengar ceramah Anwar. Ceramah malam itu cukup hebat. Bukan orang Melayu sahaja yang datang. Ada dua tiga kerat Apek berseluar pendek dan Amoi cun kelihatan dalam padang ceramah. Untuk saya ini adalah pertanda baik. Ombak rakyat telah mula bergelora sekali lagi walau pun tidak sehebat zaman Reformasi. Saya tersenyum puas kerana Anwar Ibrahim telah menghuru harakan kestabilan katil empok United Malay National Organisation.

Semakin dekat pilihanraya semakin kuat ombak rakyat. Saya mula melihat bahawa satu ledakan akan berlaku. Kali terakhir sebelum PRU12 saya telah datang ke satu ceramah Anwar di Badar Tun Razak. Di ceramah ini untuk pertama kalinya saya melihat kehadiran warga China dan India dalam ceramah dengan ramai.

Betul. Tepat. PR12 teklah membawa ledakan. Justeru saya memaksa diri untuk wajib hadir di Kongres PKR di Kota Bahru. Saya ingin merakam susana PKR sesudah PRU12. Saheh – saya katakan kongress di Kota Bahru ini adalah kongress kemenangan. Saya melihat muka muka lama muncul kembali. Saya tak sangka rupa-rupa ramai juga Datuk Datuk ori dan Datuk Datuk beli yang mula merapati PKR. Di Kota Bahru saya mula melihat jantan gemok berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang semakin ramai datang. Saya juga mula melihat muka-muka ‘towkay’ dan ‘bakal towkay’ bersiar-siar menunjukkan muka dan bersalaman seperti mereka baru pulang dari Mekah.

Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini agak sinis. Tetapi lebih baik saya menulis dengan jujur. Seribu tahun dari hari ini anak cucu ciit kita akan melihat kembali jalur pensejarahan kita sesama kita. Cuci cicit kita akan menilai dimana kita betul dan dimana kita salah. Ini untuk tauladan atau sempadan buat mereka

Ingin saya ingatkan untuk yang akan dan sedang berkongress di Johor bahawa jangan sesekali lupa bahawa PKR memiliki tradisi politik jalan raya. Sejarah Parti Keadilan Rakyat adalah sejarah jalan raya . Parti Keadilan Rakyat bunting, lahir dan dibidani diatas jalan raya. Malah disini ingin saya ingatkan bahawa kemenangan pada 8 March 2008 dahulu adalah hasil gerakan dan ombak jalan raya.

Jangan lupa sebelum PRU 12 – para peguam telah turun ke jalan raya. Jangan lupa sebelum PRU 12 Bersih telah turun ke jalan raya. Dan ombak yang paling besar ialah ombak jalan raya yang dibawa oleh Hindraf. Ombak-ombak inilah yang menenggelamkam hegemoni United Malay National Organisation pada PRU12.

Untuk mereka yang kurang arif dalam politik jalan raya biar saya beri kuliah pendek disini. Politik jalan raya ini adalah politik yang paling demokratik. Hanya jalan raya sahaja yang berkeupayaan membuka ruang demokrasi untuk pengdemokrasian yang lebih kuas . Revolusi Peranchis 1789 dibuka dengan politik jalan raya. Revolusi Amerika 1776 mengembang melalui politik jalan raya. Revolusi Bolshevik 1917, Revolusi Tiongkok 1949, Revolusi Iran 1979 – adalah contoh dimana jalan raya telah membuka ruang demokrasi.

Kali ini Kongress PKR di Johor pasti akan menjadi besi berani yang akan menarik datang segala macam jenis manusia dan orang. Segala jenis macam doktor dan bomoh. Dari Doktor Batu, ke Doktor Kambing dan Doktor Ayam yang akan datang berkongress. Kongress ini juga ialah masa terbaik untuk jantan berperut gendut dengan batik lengan panjang untuk mencium tangan pemimpin dengan harapan akan mendapat kerusi pencalonan. Di kongress ini juga akan dilihat Pak Angguk dan Pak Bodek bermain sandiwara untuk dilihat bijak dan pandai.

Saya berani berkata sedemikian – bukan kerana saya ingin membuat onar – atau saya berkempen untuk menjadi calon di Gombak. Saya berkata sedemikian kerana saya telah melihat tiga bulan kebelakangan ini dibeberapa forum terbuka telah mula dihadiri oleh muka yang ‘bukan-bukan’ terutama jika ada pemimpin parti hadir sama. Muka yang ‘bukan-bukan’ ini ada yang datang dengan baju batik berlengan panjang dan ada yang berjaket dan berdasi. Malah muka yang ‘bukan-bukan’ ini telah bangun menunjukkan diri dengan ‘soalan yang bukan-bukan’ juga.

Saya menjadi tidak jujur kalau saya juga tidak menulis bahawa kongres di Johor ini nanti akan memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena ‘ganjil’ anak anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah pejuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Kali ini – dari pemerhatian saya - telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja – termasuk membodek dan tidak berani bercakap benar – asalkan dapat menjadi calon. Jika anak anak muda mula dibungkus dengan budaya ‘ingin jadi yb’ sebagai matlamat perjuangan maka menegak keadilan hanya retorik. Jika ini menjadi budaya – sekali lagi Anwar masuk penjara mungkin ada hikmahnya.

Selamat berkongress.
( TT)

APA MAKNA UNDANG UNDANG BARU INI




SARTON DARI SEPANYOL





AKTA PERHIMPUNAN AMAN USAHA BN SEKAT KEBEBASAN – mkini

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

SATU JAWAPAN : LAWAN



POLIS DIBERI KUASA LEBIH SEKAT PERHIMPUNAN - mkini

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.


RUU HIMPUNAN AMAN MENYALAHI PERLEMBAGAAN : keadilan daily

Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksi terhadap pembentangan rang undang-undang itu yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aziz di Parlimen pagi tadi.

“Rang undang-undang ini membuatkan hak rakyat untuk berhimpun tidak bermakna langsung, dan ia secara terang-terangan menyalahi Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan,” kata Surendran.

Bercakap lanjut, Surendran berkata, butiran rang undang-undang itu menjelaskan niat sebenar perdana menteri, Datuk Seri Najib dan kerajaannya untuk menyukarkan rakyat berhimpun.

“(Jika ia diluluskan), kita lebih teruk berbanding peruntukan Akta Polis 1967,” kata Surendran.


ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN








KOMENTAR TUKAR TIUB

setelah bersih satu
satelah peguam turun ke jalan raya
satelah anak mahasiswa berdemo di uia
satelah hindraf buat aksi massa
satelah bersih dua ampoh
maka inilah jawapan gerombolan united malay national organisation

ini kerana setelah
di mesir di bahrain di moroko
di tunisia di athens di new york
di paris di london di seatle
di chicago di milan di roma
anak anak muda turun ke jalan raya

mentarifkan undang undang ini sebagai menyekat kebebasan
adalah kenyataan betul tapi tidak tepat apabila
mentakrifkan undang undang baru ini ditakrif sebagai melangghar perlembagan betul tetapi tidak tepat

pembacaan yang tepat ialah:

UNDANG UNDANG INI DI BUAT UNTUK MEMASTIKAN
UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION TERUS BERKUASA


di tehran ahmad reza pahlavi raja segala raja
membuat undang undang last kopek ini pada tahun 1979
di congo mobuto seko seko membuat undang undang yang sama
di tunisia di mesir undang undang ini dikahwin dengan undang undang darurat
di moscow sebelum tembok berlin jatuh warga eropah timur
dihantui oleh udang undang ini

untuk yang gila kuasa
untuk yang gila wang ringgit
untuk yang gila glamour
untuk yang gilakan permata dan berlian
yakinlah tidak ada satu pun undang undang
yang dapat menyekat rakyat yang bangun melawan kezaliman
yakinlah tidak ada satu akta yang dapat menghalang rakyat
yang bagun untuk menegaklkan keadilan

anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!


BERITA AMAT PELIK



BERITA SEDIH TAPI AMAT PELIK



ANGGOTA POLIS TERBUNUH DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran Pusat Beli Belah Mid Valley Megamall di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 6.40 pagi itu, Md Nor Shukor, 57, yang bertugas di Cawangan Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat.

Mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang menimpa anggotanya supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Pihak kami menyerahkan siasatan kepada Polis Trafik Kuala Lumpur dan sehingga kini mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari,” katanya.

NOTA:
al-fatihah dan segala simpati kita sampaikan
kepada keluarga yang malang

tetapi
cuba baca sekali lagi berita ini
inilah contoh laporan berita oleh wartawan
akhbar arus perdana di malaysia


persoalan:
adakah yang dilanggar ini berjalan kaki?
adakah menaiki kereta?
adakah menaikai motosikal?

berita ini tidak lengkap
melanggar semua hukuam asas mebuat berita

pemberita cabuk itu satu hal
yang lagi cabuk ialah penyunting berita ini
tak kan tak baca?

lalu timbul persoalan
apakh ini kes bunuh
atau kes langgar lari?

ketua polis minta bantuan orang ramai
tapi maklumat tak lengkap
macam mana orang ramai nak bantu?

ngooook!


SELAM JANGAN TAK SELAM




ISLAM DAN KOMISEN KAPAL SELAM






SURAT DARI PEMBACA

bila ketam cuba ajar anak berjalan diibaratkan ibarat hishamudin yang xpercaya agama bercakap tetang agama!!!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kepada semua pembaca & pemberi komen, nak komen tuh ingat2lah yg kita semua akan mati yer... kalau yg tak tahu agama tetapi promote jahiliah mcm "kembali ke Zaman P Ramlee" tuh, awas... anda memegang saham kejahilan & akibatnya... tunggulah kat akhirat nanti...
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

suruh mak dia berbikini kat pantai cherating, jgn kata mat saleh, org melayu pon x stim.... Haha....
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

eik ilang lak komen aku. Hukum tutup aurat ni dah jelas. Ada puak2 yang bangang mintak dibuat fatwa. Depa tu JAHIL MURAKKAB. cuba buat search dgn google sapa orang yang sewaktunya dengannya.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Saya setuju dengan penulis ini sebab dia memang betul kecuali satu perkara. Harussani, Zul Nordin, & Nasruddin bukan seorang ulamak. Mereka ini ALAMAK. Mereka yang cepat mengutuk TT kerana menyiarkan pendapat berbeza memang cetek ilmu pengetahuan & pengalaman.

Hal ehwal agama Islam bukan milik ulamak sahaja. Ianya milik kita semua. Hanya alamak macam Harussani sahaja (yang kerana mereka mahu mengawal setiap tingkah laku umat Islam), mahu umat Islam percaya bahawa hanya alamak yang ditauliahkan oleh JAKIM sahaja yang layak bercakap pasal agama Islam. Orang lain tidak layak dan harus berdiam diri. Mereka berbuat sedemikian supaya mudah nak mereka menyatukan umat Islam Malaysia dibawah tapak kaki si Rajah Gopal.

Mereka ini bukan menyembah Allah. Rajah Gopal yang mereka sembah. Mereka berbuat demikian supaya kamu semua berdiam diri bila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh macam Ibrahim Ali atau remeh temeh macam Hassan Ali. Kita harus merenung mengapa orang asli di dalam See more...
By MUFTI INTERNET on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

haha ulamak-ulamak Malaysia bagusla tak suka tgk aurat. tp Dato' Tan sri Datuk Seri Paduka dan orang2 berkuasa besar suka tengok gadis-gadis pakai-pakaian seksi, ketat,nampak lurah menggiurkan...haha.. tengok la mcm anugerah juara lagu dan apa-apa lagi anugerah... cuba kalau lelaki pakai singlet dan jeans dikatakan tidak beradab... dan tak menghormati majlis.. FAK rol la
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

BODOH BAGHAL BUDAK yang menulis ini. Apabila lblis dimurkai dan ditendang dari syurga kerana tidak mengormati Nabi ADAM A.S maka lBLIS LAKNATULLAH ini termasuk konco-konconya Syaitan,hantu dan segala yang seumpamanya bersumbah 'bahawa akan menyesatkan anak cucu Adam yang berimankan kepada Allah dan Rasul (maknanya orang lslam sahaja). JADI si kafir ini tidaklah DIGODA iblis kerana KAFIR sudah gerenti jadi AHLI NERAKA JAHANAM...inilah bebal kerana tidak mengaji dan menimba ilmu.llmu ini luas kawan....KAMU nak ikut TT ini nak buat apa..dia manusia kecewa sejak demontrasi mahasiswa 1970-an dahulu...PELARIAN yang pulang hampa!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

BODOH BAGHAL BUDAK yang menulis ini. Apabila lblis dimurkai dan ditendang dari syurga kerana tidak mengormati Nabi ADAM A.S maka lBLIS LAKNATULLAH ini termasuk konco-konconya Syaitan,hantu dan segala yang seumpamanya bersumbah 'bahawa akan menyesatkan anak cucu Adam yang berimankan kepada Allah dan Rasul (maknanya orang lslam sahaja). JADI si kafir ini tidaklah DIGODA iblis kerana KAFIR sudah gerenti jadi AHLI NERAKA JAHANAM...inilah bebal kerana tidak mengaji dan menimba ilmu.llmu ini luas kawan....KAMU nak ikut TT ini nak buat apa..dia manusia kecewa sejak demontrasi mahasiswa 1970-an dahulu...PELARIAN yang pulang hampa!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Tahniah bro kerana menyiarkan artikel yang paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Kah kah kah... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan le buat fitnah... Segala dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Dah buat kajian? Ke sekarang ni TT dah bertukar menjadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Tahniah bro kerana menyiarkan artikel yang paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Kah kah kah... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan le buat fitnah... Segala dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Dah buat kajian? Ke sekarang ni TT dah bertukar menjadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Artikel paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Tahniah buat TT and the geng... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan la buat fitnah... Semua dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Ke TT dah jadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

allahhuakbar!hukum ALLAH yang maha sempurna dan maha adil...!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Mana boleh mcm tu. Yg bab ni aku tak setuju dgn bro isham. Umat Islam harus memantapkan iman kpd Allah. Kalau setakat umat Islam saja tp tak beriman kpd Allah mcm ni la jadi nya... Umpama suruh bukan Islam jgn tgk pompuan sebulan setahun. Lpas tu bagi tgk. Pompuan umur 50 dia duk teringin lagi nak try. Kesimpulan umat harus mantap iman kpd Allah itu saja. Sentiasa beringat larangan Nya.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11


ANAK MUDA JANGAN LUPA 8 TUNTUTAN INI

SIAPA BUAT KERJA SABOTAJ?




ANAK SAPA KAHWIN NI?




ANAK NAJIB LETAK JAWATAN , SAHAM HARVEST COURT JUNAM - minsider

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Najibi, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagaiR Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu.

Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court.

Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online.

Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu.

Dengan penandaan itu, dagangan kaunter itu dibenarkan tetapi perlu membuat bayaran awal sebelum membeli dan baki sekuriti yang tidak terikat sebelum pelupusan dilakukan.

Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40.
Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...SIAPA SABOTAJ INI?.... kah kah kah

woit... TAK SANGKA NAJIB ADA ANAK LAIN.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU NAJIB ADA ANAK LAIN APA MAKNA NYA?... kah kah kah..

kah kah kah... ROSMAH ADA JUGA KE ANAK LAIN?.... kah kah kah..

kah kah kah..KENAPA TAK ADA BERITA?..... kah kah kah


ANAK MUDA BERSEDIA!


BANGUN DAN LAWAN - TURUN KE JALAN RAYA




TIDAK ADA PILIHAN - WAJIB LAWAN





SRP HARAP PILIHAN RAYA UMUM KE 13 DIADAKAN SERENTAK
- meloya

SUNGAI PETANI 22 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-Pas yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

"Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan PRU-13 peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata, SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan.

Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas. - Tieunama

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TAK IKUT PILIHAN RAYA SERETAK ADALAH LANGKAH TEPAT.... kah kah kah...

kah kah kah... MULA MULA BUAT DI PULAU PINANG.... kah kah kah..

kah kah kah..KEMUDIAN DI KEDAH.... kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN DI KELANTAN..... kah kah kah...

kah kah kah..AKHIR DI SELANGOR.... kah kah kah..

woit...INI CARA NAK HAJAR GEROMBOLAN..... kah kah kah...

kah kah kah...SELALU GEROMBOLAN AJAK MAIN BOLA... KITA IKUT.... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG KITA PULA TETAPKAN MAIN GULI ATAU MAIAN KONDA KONDI.... kah kah kah..

woit...JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.... kah kah kah...

kah kah kah... BILA SPR DATANG MERAYU BERMAKNA INI TAKTIK YANG TEPAT..... kah kah kah..


NOTA:
nak jimat duit?
kah kah kah
kalau nak jimat duit
kenapa beli kapal selam?
kalau nak jimat duit kenapa beli kereta kebal?
kah kah kah

jangan tipu orang melayu
kah kah kah

NOTA:
jangan lupa spr ialah barua gerombolan
spr datang merayu kerana arahan najib
pergi mamposss laaa dengan spr
kah kah kah



BILA SPR NAK TUNAIKAN TUNTUTAN INI?





ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





TIDAK ADA JALAN LAIN - LAWAN










PELANCARAN GERAKAN MENUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK (BEBAS) 22 NOVEMBER 2011

A. PENDAHULUAN

Kebebasan berakademik adalah hak kebebasan yang diperuntukkan bagi ahli akademik bagi mengemukakan pandangan dengan apa jua ekspresi sesuai dengan standard profesionalisme yang dimiliki (Donald A. Downs, 2009). Hal ini lahir daripada tanggungjawab ahli akademik untuk bercakap dan mencabar idea konvensional dalam usaha memaknakan universiti sebagai model medan perdebatan terbuka kepada masyarakat umum.

Bertitik tolak daripada konotasi ini, kebebasan berakademik adalah terpakai bagi seluruh warga universiti termasuk mahasiswa, para pensyarah malah pihak universiti sendiri. Hak kebebasan berakademik ini dilindungi sepenuhnya oleh demokrasi liberal dengan meletakkan manusia boleh mendapatkan kebenaran dan ilmu tanpa batas. Hak ini juga selari dengan ruang hak yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara dan dijamin sepenuhnya oleh hak asasi manusia sebagaimana berikut :

(a) Every citizen has the right to freedom of speech and expression; (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms; (c) all citizens have the right to form associations.

Justeru, mahasiswa dengan komited memperjuangkan hak kebebasan akademik melancarkan sebuah Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS).

B. PRINSIP BEBAS

Jawatankuasa BEBAS meletakkan dua prinsip berikut sebagai asas kebebasan berakademik :

1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum.

2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib


C. TUNTUTAN BEBAS

Jawatankuasa BEBAS meletakkan perkara-perkara berikut sebagai tuntutan gerakan BEBAS, iaitu :

1. Mansuhkan AUKU dan AKTA 174

BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia.
b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.

2. Bebaskan ilmuan berakademik
BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :

a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.

3. Bebaskan mahasiswa bersuara
BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut :

a. Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

a. Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.






4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus

BEBAS menuntut supaya :

d. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.

e. Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.

5. Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti

BEBAS menuntut supaya :

f. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.

g. Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.

h. Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.

6. Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :

i. Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

j. Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

k. Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

l. Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

D. JAWATANKUASA BEBAS

PENGERUSI : MUHAMMAD SAFWAN ANANG TALIB
JURUCAKAP : HAZIQ ABDULLAH ABDUL AZIZ

TURUT DISOKONG OLEH :

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)
GERAKAN DEMOKRATIK BELIA DAN PELAJAR MALAYSIA (DEMA)
PRO-MAHASISWA NASIONAL (PRO-MN)
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA NASIONAL (MPMN)
LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LMP)
KESATUAN AKSI MAHASISWA (AKSI)


BUKAN NATO

NOTA:
no action talk only