Isnin, 7 November 2011

HUKUM KARMA AKAN SAMPAI JUGA





INI LEE KUAN YEW MELAYU














INI MAHATHIR CHINA













BEKAS PM SINGAPURA HIDAP PENYAKIT URAT SARAF
- mkini

Pemimpin pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sedang bergelut dengan penyakit saraf yang mengakibatkan dirinya mengalami kesukaran untuk berjalan.

Anak perempuannya Lee Wei Ling, yang juga seorang doktor dan pengarah Institut Neurosains Singapura menulis di kolum mingguan beliau dalam akhbar The Straits Times bahawa bekas perdana menteri repupblik itu menghadapai ‘sensor neuropati periferal’.

Penyakit itu menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan kesihatan bapanya yang berusia 88 tahun itu terjejas.

Bagaimanapun, otak dan otot Lee dilaporkan berfungsi seperti biasa.


HUKUM KARMA UNTUK LEE KUAN YEW

lee kuan yew menganjurkan teori bahawa
kalau ayah dan ibu lulusan univeristi
maka anak yang akan lahir juga akan bijak
ini teorfi genetik lee kuan yew

anak lelaki lee kuan yew graduan yang bijak
berkahwin dengan isterinya juga graduan bijak

tetapi hukum karma ingin membuktikan :
cucu lee kuan yew lahir albino
teori genetic lee kaun yew kaput
teori lee kuan yew musnah

akhirnya sang menantunya membunuh diri
tetapi dihebohkan sebagai mati sakit
walhal kerna malu melahirklan albino
beriat ini disorokan dari orang ramai

inilah hukum karma


HUKUM KARMA UNTUK MADEY

apa agaknya hukum karma untuk madey?
siapa tahu?
kalau sesiapa tahu maka
amat bijaklah orang itu
kah kah kah
kah kah kah


BARANG NAIK NAIK NAIK LAGI




DIOLAH UNTUK BANGUN MELAWAN















HARGA IKAN , SAYUR NAIK – berita hairan

Harga beberapa barangan keperluan harian seperti sayur dan ikan tertentu terus meningkat dengan peniaga memberikan alasan terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang mendakwa ia berpunca daripada cuaca tidak menentu di negara ini dan banjir besar di Thailand sejak lebih empat bulan lalu.

Tinjauan di Pasar Chow Kit di sini semalam mendapati cili merah dijual pada harga setinggi RM16 sekilogram berbanding hanya RM9 sebelum ini.

Seorang peniaga, Lee Yu Hin, 24, berkata walaupun beliau menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga berkenaan, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

“Saya sendiri ambil stok daripada Pasar Borong Selayang dan harga yang dijual kepada saya juga sudah tinggi. Jadi saya kena jual lebih sedikit, kalau tidak macam mana mahu dapat untung,” katanya.

Beliau yang sudah lebih 20 tahun membantu keluarganya berniaga di situ turut memberitahu harga bagi cili padi yang sebelum ini dijual RM11 sekilogram naik kepada RM15 pada masa ini.

“Selain itu, kacang buncis turut mengalami kenaikan dan kini ia dijual pada harga RM8 sekilogram berbanding hanya RM4 sebelum ini,” katanya.

Bagi seorang lagi peniaga sayur, Rudyshah Mahmud, 24, berkata harga sayuran yang dijual di pasar berkenaan berbeza mengikut jenis dan gred.

“Bagi cili padi yang bersaiz lebih kecil, saya jual pada harga RM12 sekilogram sejak lebih dua minggu lalu berbanding RM8 sebelum ini.

“Untung yang diperoleh juga tidak begitu banyak kerana jika saya jual dengan harga yang lebih tinggi, orang tidak mahu beli,” katanya.

Beliau berkata, harga pasaran bagi tomato kini naik RM5 sekilogram berbanding RM3 sebelum ini.

“Sayur tempatan yang lain tidak menghadapi masalah dari segi bekalan walaupun cuaca tidak begitu baik sekarang,” katanya.

Sementara itu, bagi peniaga ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 45, beliau sukar untuk mendapatkan bekalan ikan tongkol dan disebabkan jumlahnya yang semakin berkurangan, harga jualannya turut naik sehingga RM8 sekilogram berbanding hanya RM6.50 sebelum ini.

“Harga ikan kembung segar turut naik RM11 sekilogram berbanding hanya RM9 minggu lalu,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BURUK DAN INI JUGA BERITA BAIK..... kah kah kah..

kah kah kah...DALAM BERITA INI ADA YANG BURUK DAN ADA YANG BAIK..... kah kah kah..

kah kah kah.... DALAM ILMU SAINS MASYARAKAT HARGA BARANG NAIK...RAKYAT SUSAH.... kah kah kah..

kah kah kah..DALAM ILMU SAINS POLITIK.... HARGA BARANG NAIK BOLEH DIOLAH UNTUK BANGUN MELAWAN.... kah kah kah..

woit...JADI KAN BERITA BURUK INI .... BERITA BAIK.... HANGATKAN MEMARAHAN ORANG RAMAI.... kah kah kah




BESHOPPING SAKAN DI DUBAI












PANTUN DUA KERAT

rakyat hanya makan cabai
rosmah asik bershoping di dubai

rakyat mula buka mata
rosmah ke new york beli permata

rosmah ke mekah haji mabrur
pulang ke rumah haji malboro


SUARA HATI SAEKOR LEMBU




TERCEKIK LEHER AKU











SUARA HATI AKU


ini shaer aku untuk kau wahai bani melayu

aku tahu kau nak ke syurga
wahai bani melayu
aku tahu apa kau lakukan
wahai bani melayu
tercekek leher aku
dalam perjalanan kau ke syurga

apakah tidak terlintas otak kamu wahai bani melayu
bahawa aku juga adalah hamba allah
aku juga merasa kesakitan

wahai bani melayu
kau ingin melakukan kebaikkan
kau memasang niat ingin melakukan kebaikkan
ingatlah
aku telah melihat banyak niat yang baik ini
yang membawa kesakitan

ANAK ANK MUDA BERSEDIA BERSIH 3.0




HAJI MALBORO ZZZZZZZZZZZ



nota:
ada orang pergi mekah dapat haji mabrur
tapi mat ngantuk hanya dapat haji malboro
kah kah kah





PAKATAN SEDIA SOKONG PROTES JIKA NAJIB PANGGIL PRU SEBELUM SYOR PANEL KHAS
- minsider

Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

“Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.




“Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan.

“Jadi dua kumpulan itu merasakan bahawa kita telah diperdaya, kemungkinan akan ada sokongan, Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan langkah menyokongnya kerana kami telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini,” kata beliau yang juga anggota jawatankuasa itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata, beliau akan berusaha untuk melakukannya menerusi jawatankuasa berkenaan sebelum memberi kata dua mengenai protes.

“Pada masa sekarang, kami melihat pada opsyen-opsyen yang ada tetapi kita cuba untuk melakukannya menerusi jawatankuasa pilihan khas ini,” kata beliau yang juga anggota panel khas itu.

“Jika ia (pilihan raya) diadakan, kita perlu membuat keputusan kemudian. Kita tidak boleh membuat andaian sekarang, kami akan mengadakan mesyuarat susulan Khamis depan,” katanya lagi merujuk kepada pertemuan berkala jawatankuasa berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang juga berkata, terlalu awal untuk mengatakan sama ada satu protes jalanan besar-besaran diperlukan pada masa sekarang.

“Saya tidak mahu membuat jangkaan buat masa sekarang, tetapi harapan rakyat adalah tinggi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KESIAN HAJI MALBORO..... kah kah kah..

kah kah kah...PERGI MEKAH KERANA NAK LOBBI TOK ARAB SAUDI....kah ka kah..

kah kah kah.....MINTA IMAM MASJID KAABAH DATANG UNTUK NIKAHKAN MULUT BESAR ATAS BAWAH...kah kah kah

kah kah kah...NANTI AKAN SAMPAI TOK ARAB JUAL MINYAK ATTAR.... UNTUK TIPU MAK CIK FELDA...kah kah kah..

kah kah kah... PULANG PULANG....ADA BERSIH 3.0 ...kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH NASIB HAJI MALBORO..... kah kah kah

INI TUNTUTAN ORANG RAMAI


SENYUM PAGI INI




JANGAN BUAT KERJA BANGANG INI







NOTA:
nikmatilah gaya hidup yang sehat
untuk kemana mana sila berjalan kaki
atau sila gunakan khidmat pengangkutan awam

jangan lakukan kerja bodoh ini
kah kah kah