Jumaat, 8 Julai 2011

ESOK UNTUK MASA DEPAN




ESOK UNTUK MASA DEPAN MEREKA




WALAU PUN DILARANG, PEMIMPIN PAS AKAN HADIR
– harakah daily

Pemimpin PAS tetap turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai (jam 2 petang esok) meskipun terdapat larangan berada di Kuala Lumpur seperti perintah mahkamah yang dikeluarkan semalam.

Dalam keputusan berdasarkan permohonan sebelah pihak polis kepada mahkamah itu, hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu yang dihalang berada di ibu negara pada esok hari.

Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayub menegaskan pemimpin dan ahli PAS tetap akan hadir ke perhimpunan rakyat di Stadium Merdeka dalam usaha menuntut pilihan raya bersih dan telus dalam negara.

Beliau menyifatkan tindakan BN menggunakan mahkamah untuk keluarkan larangan menghalang 91 individu berada di KL esok hari sebagai tidak demokratik.

Jelasnya, tindakan menghalang dan mengugut itu jelas bertentangan dengan titah khas Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang mahu semua pihak berunding.

"Tindakan menghalang itu jelas bertentangan dengan ruh dan semangat titah baginda," tambahnya yang juga termasuk dalam senarai 91 individu yang dihalang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli pula berkata, pimpinan Pakatan Rakyat kekal mantap untuk jayakan himpunan Bersih itu meskipun terdapat berbagai halangan.

Dalam satu kenyataannya, beliau yang juga dihalang berkata, setakat ini belum menerima sebarang surat secara hitam putih tentang keputusan mahkamah majestrit itu.

"Jika benar, ini merupakan satu bentuk pencabulan hak saya untuk bergerak secara bebas dalam negara sendiri.

"Pemerintah semakin tenggelam punca dalam menghadapi kebangkitan rakyat," tegasnya.

Penegasan sama turut dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Gerakan Pilihan Raya Adil dan Telus di Seksyen 18, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu dalam jawapan ringkasnya. AJK PAS Pusat, Haji Khalid Samad berkata, tindakan ini membuktikan pemimpin BN sudah tidak siuman.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula hanya ketawa geli hati dengan tindakan ini sambil menyatakan akan terus hadir.


FLIP BIN FLOP - DULAK BIN DALIK




NAJIB LEPAS TANGAN , MUNGKIR JANJI
– harakah daily

PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Najib Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok.

Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

“Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?” soal Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.


TAK PERCAYA? SILA LIHAT DAN DENGAR KLIP INI




SENIMAN KITA MULA BERSUARA




SENIMAN WAJIB BERSUARA





CAMPURTANGAN POLITIK MEMBAWA BUDAYA MUNDUR 50 TAHUN KE BELAKANG


Kami merupakan sekumpulan orang yang aktif dalam masyarakat kesenian Malaysia, yang memikul amanah mencipta budaya baru, berbudi pekerti menggalakkan nilai-nilai sejagat kebebasan, kesetaraan dan keadilan sosial sebagai tuntutan persekitaran kami. Persekitaran berbilang etnik, beragam budaya dan berbagai kepercayaan di negara ini menyediakan kita dengan bekalan sumber-sumber keatif yang tidak berkesudahan. Persekitaran ini juga memberi banyak ilham gagasan keindahan seni yang amat jelas memberi manfaat kepada para penyair, penulis novel, pemuzik, penari, penulis drama atau seniman dan lainnya. Namun demikian, baru-baru ini kejadian penindasan di dalam negara terhadap suara pembantah dan pelanggaran hak asasi manusia, membuatkan kami merasai gangguan dan ketidak adilan.

Disebabkan agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggunakan Akta Hasutan dan Akta Polis untuk menyoal siasat Sasterawan Negara A. Samad Said, kami bertanya - apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila penyair dalam usia 76 tahun ini hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0?

"Semakin lara kita didera bara - kita laungkan juga pesan merdeka …,” semakin puisi tersebut terus mengalir, ia mendedahkan kita pada kepekaan puisi tentang siapa yang selalu merasa dan peduli terhadap negara dan perjalanan waktunya. Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan."

Kami menjangkakan akan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" untuk terus melarang para pencipta budaya yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi seperti apa yang dilakukan A. Samad Said. Kami amat prihatin bahawa tindakan berat berhelah politik ini akan membawa kita mundur 50 tahun ke belakang di dalam pembangunan budaya kita. Sebagai sebahagian masyarakat kesenian, kami pastinya tidak boleh menyendiri tetapi akan mengeluarkan pernyataan bersama seperti berikut:

1.Ungkapan diri: Kami menyedari bahawa semua pencipta budaya memiliki hak untuk memilih pendirian politik peribadi, dan kebebasan kreatif - sebagaimana kebebasan bersuara atau kemerdekaan peribadi - yang merupakan salah satu perlembagaan hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur. Hanya dalam persekitaran yang merdeka, seseorang pencipta budaya itu dapat menyedari sepenuhnya kepentingan ungkapan diri, dan tidak menjadi mangsa permainan kuasa seterusnya.

2.Dialog yang waras: Kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras. Penyair A. Samad Said hanya menyatakan kerinduannya pada demokrasi dan kemerdekaan serta tidak menawarkan emosi yang kesat dan menyinggung. Pada zaman maklumat dengan interaksinya yang sengit ini, cubaan untuk memburukkan seorang warganegara yang baik samasekali cukup tidak munabasah.

3. Pilihanraya yang bersih dan adil: Kami menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan Gabungan Pilihanraya yang Bersih dan Adil, seperti pembersihan menyeluruh daftar pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kebebasan institusi awam, menghentikan rasuah dan penyelewengan pilihanraya serta lainnya. Walau bagaimanapun, setakat ini amat malang sekali, rayuan tersebut belum menerima sebarang maklum balas positif oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesimpulannya, saat kenyataan ini dirumuskan, telah diisytiharkan bahawa "Perhimpunan Bersih 9 Julai" akan diadakan di stadium. Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!


KENYATAAN BERSAMA DI TANDATANGANI OLEH :


1. PERSATUAN SENI RUMAH AIR PANAS
2. NUR HANIM KHAIRUDDIN
3. 余一蘭YEE I-LANN
4. 陳愛瓊SHARON CHIN
5. 蔡長璜CHAI CHANG HWANG
6. 葉紹斌YAP SAU BIN
7. 张錦超CHONG KIM CHIEW
8. 颜振利Gan Chin Lee
9. CHUAH CHONG YONG
10. 莊若 JOHNROCK
11. 羅燕婷 LOH YEEN TENG
12. Simon Soon
13. Joseph Foo
14. 鍾武凌 CHONG WU LING
15. 林儷雯 LIM LI WEN
16. 陈如仪Tan Ru Yi
17. 吴利光Goh Lee Kwang
18. 黄英隆Wong Eng Leong
19. Wening Cheah
20. Au Sow Yee
21. 林国荣 Lim Kok Yoong
22. 罗浩庭 Loo Hoe Tiang
23. 傅慧齡FOO FEI LING
24. 陳頭頭MatoTytee
25. Rahmat Haron
26. JC Wong 王敬诚.
27. Foo Kee How符基豪
28. Koh Cheng Kuan 许镇权
29. 曾国辉 Chan Kok Hooi
30. 黄佩如 Wong Pey Yu
31. Fahmi Fadzil
32. Amir Zainorin
33. Abdullah Jones
34. 李健省LEE Kian Seng
35. Goh Sze Ying
36. Tshiung Han See
37. Bebek
38. Shieko Reto
39. Ezrena Marwan
40. Rachel Jena
41. Chi Too
42. Daniel Chong
43. Zedeck Siew
44. AL-JAFREE MD. YUSOP
45. NUSRATNAJWANI BT. MOHAMMAD
46. Tey Tat Sing
47. Ili Farhana
48. Roopesh Sitharan
49. 刘宜振 Low Yi Chin
50. Tengku Sabri Tengku Ibrahim
51. 梁靖芬 LEONG CHING FOON
52. 陈茗洁 TAN MING JIE
53. 楊嘉仁 NYU KA JIN
54. Ise aka Roslisham Hashim
55. The Parking Project
56. HAMIDON BIN AHMED
57. Christina Kang
58. Shaffiq Ahmad
59. Hasnul Jamal Saidon
60. Tan Hui Koon
61. Tan Sei Hon
62. Ng Seksan
63. Dr. Goh Beng Lan
64. 雷大烘 LUI THAI HONG
65. Munkao
66. 祈風 Chifong foo
67. Chang Fee Ming 郑辉明
68. Gan How Ming颜浩名

UNTUK MASA DEPAM MEREKA



TERNOW TERKINI TERHOT




BERSIH GAGAL DAPAT PERMIT HIMPUN DI STADIUM MERDEKA
- malaysiakini

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.


DI BAWAH INI BERITA AWAL

BERSIH 2.0 [OFFICIAL]
BERITA BAIK!
- dari laman bersih

Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya.


POLIS BERI BERSIH PERMIT HIMPUN DI STADIUM MERDEKA
- malaysiakini

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.

“Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

BACA INI DAHULU - JANGAN TAK BACA




BACA DAN BACA

Photobucket

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN dengan KAWAN-KAWAN


Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

TUNTUTAN BERSIH 2.0 :

1-BERSIHkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2-Reformasikan Undi Pos
3-Gunakan Dakwat Kekal
4-Akses Media Yang Bebas & Adil
5-Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6-Kukuhkan Institusi Awam
7-Hentikan Rasuah
8-Hentikan Politik Kotor

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

UNTUK BERHUBUNG:

Sekretariat Bersih 2.0 H/P: 016 2208784; Email: info@bersih.com OR temmelee@bersih.org


PEKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISEDIAKAN


1-Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2-Duit-maksimum RM100 sahaja.

3-Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

4-Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5-Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.

6-Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7-Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8-Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9-Ubat gigi untuk sapu di bawah mata untuk mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10-Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11-Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12-Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13-Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Sekretariat Bersih 2.0. Bawa beg plastik untuk simpan alat-alat elektronik apabila diserang oleh “water cannon”.


PEKARA YANG TIDAK DIBENARKAN


1- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

4- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

5- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

6- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

7- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

8- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

9- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

10- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

11- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

12- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

13- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN SEBELUM BERGERAK


Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.

Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu Stadium Merdeka.

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).


Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.



SEMASA BERHIMPUN DAN BERARAK

1- Berkumpul di Stadium Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik

Ikutilah arahan dari Marshall Unit Amal sepanjang program.

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Unit Amal.

Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati di jalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email: Setiausaha Bersih 2.0, info@bersih.org

Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


SELEPAS BERHIMPUN

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 2.0.

Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.

Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 2.0.

Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0.


APA YANG PERLU DIBUAT JIKA KUMPULAN ANTI-BERSIH BUAT PROVOKASI


Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut commander Unit Amal.

Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

Jangan hampiri mereka.

Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


APA YANG PERLU DIBUAR JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN


Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.

Buat laporan Polis jika anda dikasari.


APA YANG WAJIB DILAKUKAN JIKA DITAHAN



SMS HOTLINE

Jika anda ditahan, hantar SMS (sahaja) ke 013-2102002 dengan butiran seperti Nama penuh, IC no., tempat ditangkap, masa ditangkap dan ke balai polis mana anda dibawa.

Apabila SMS Hotline diterima, peguam dari Pusat Bantuan Guaman (Legal Aid Centre, LAC) akan diberitahu mengenai tangkapan anda. Peguam akan dihantar ke balai polis yang akan ditahan.

Peguam dari Pusat Bantuan Guaman akan dihantar ke balai yang anda ditahan. Tempoh masa dari masa anda ditahan sehingga anda dapat berjumpa peguam mungkin akan makan masa yang lama jadi tolong bersabar. Jika ditangkap, beritahu kepada pihak polis bahawa “saya nak jumpa Pusat Bantuan Guan.:


APABILA DISOAL OLEH POLIS


PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “


Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas

• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis


Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

Bilakah anda tidak boleh ditahan

Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).


APA YANG WAJIB DIBUAT SELEPAS DIBEBASKAN


Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila baca panduan daripada peguam di sini: http://www.lawyersforliberty.org/wp-content/uploads/2011/07/Panduan-Undang-Undang-Hak-Untuk-Berhimpun.pdf


PERHATIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


NUMBER TALIPON UNTUK DI SIMPAN:


No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 64 -63
2. +6016 312 64 -73
3. +6014 645 17 -53
4. +6012 392 83 -79

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

NOTA:
tim tukar tiub
akan memberi laporan terkini
gunakan blackberry untuk mengetahui arahan terbaru

juga layari laman malaysiakini untuk maklumat terkini


TIDAK ADA APA APA PERUBAHAN




HANYA PENAMBAHAN





PERHIMPUAN BERSIH SABTU 9 JULAI DITERUSKAN


BERSIH 2.0 kecewa dengan keputusan oleh pihak berkuasa untuk mengharamkan 91 individu, termasuk pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0, masyarakat sivil dan pemimpin parti-parti politik, dari yang hadir di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Ini adalah merupakan suatu penafian yang tidak munasabah terhadap kebebasan mereka bergerak. Pihak bedrkuasa telah terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tedrcinta ini , milik semua rakyat, dan bukan milik Najib dan Rosmah.

Tidak ada sebab untuk melarang sesiapa daripada memasuki bandar. Kami telah menyatakan masa dan sekali lagi bahawa jika BERSIH 2.0 berkenaan, niat kami adalah untuk melaksanakan hak perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman dan panggilan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami membenci dan mengutuk mana-mana bentuk bantahan yang tidak aman.Kami dengan nkiat baiak akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam.

Najib dan Rosmah gagal untuk memahami bahawa BERSIH 2.0 tidak mengenai mana-mana individu, tetapi mengenai pilihan raya yang bebas dan adil.Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara yang aman rakyat akan didengar di Kuala Lumpur datang julai 9.

Ia tidak terlambat untuk Najib melakukan sesutau dengan cara yang bijaksana agar tidak dilihat seperti seorang ditaktoy yanh hanya ikut cakap bini. BERSIH 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, dan situasi menang-menang untuk semua.

BERSIH 2.0 Gathering will continue at Stadium Merdeka, despite ban on 91 individuals


BERSIH 2.0 is disappointed with the decision by the authorities to ban 91 individuals, including leaders of BERSIH 2.0, civil society and political parties, from being physically present in certain parts of Kuala Lumpur on 9 July 2011. This constitutes an unwarranted denial of their freedom of movement. The powers that be seem to have forgotten that our capital city, like the rest of our beloved country, belongs to all the rakyat, and not to the government.

There is no reason whatsoever to ban anyone from entering the city. We have stated time and again that where BERSIH 2.0 is concerned, our only intent is to exercise our constitutional right to gather peacefully and call for clean and fair elections.

We abhor and denounce any form of non-peaceful activism, and fully intend to abide by all principles of decency and civil behaviour. The government also completely fails to understand that BERSIH 2.0 is not about any individual, but about free and fair elections. No matter how badly we are repressed or prosecuted, the peaceful voice of the rakyat will be heard in Kuala Lumpur come the 9th of July.

It is not too late for the Prime Minister to act in a statesmanlike manner and immediately call off this completely unwarranted clampdown that fits the style of dictators. Working together with BERSIH 2.0 will ensure a peaceful rally in Stadium Merdeka, and a win-win situation for all.

Regardless of whether or not the government chooses to be reasonable, the rakyat is firmly resolved to ensure that their rights as patriotic Malaysians will not be curtailed. We will gather peacefully and look forward to seeing you at Stadium Merdeka.

Released by,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.



BERSIH TETAP KE STADIUM MERDEKA , KECEWA DENGAN NAJIB – keadilan daily

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai ini namun pada masa yang sama, mereka berasa kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berdolak-dalih dengan janji mereka.

“Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.

“Bersih kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.

“Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil,” kata Bersih dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini.



Menurut Bersih lagi, jika Najib benar berhasrat menepati kata-kata beliau sebelum ini, beliau pasti akan mengusahakan agar Stadium Merdeka boleh digunakan sebagai tempat perhimpunan Bersih.
“Jikalau Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar acara ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka,” kata Bersih lagi.

Kurang 48 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

“Bersih 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

“Bersih 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.

“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.


SAJAK PAK SAMAD




PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said


SENI DAN SENIMAN


nota:
para seniman
anak muda
pelakar
pereka
pemusik
video artis

semuanya terus berkarya
merakam masa dan sejarah
bergerak membuka ruang demokrasi

hanya seniman kaki bodek
hanya seniman cari makan
hanya sasterawan sartot dan certot utusan
hanya sasterawan sartot dan certot berita harian

kerna majalah sastera dan majalah seni dunia yang luas ini
tak terima certot dan sartot mereka maka mereka
menjadi sardek : sasterwan bodek
kah kah kah

SOKONGAN TERUS SAMPAI UNTUK BERSIH





KAKI TANGAN SOKONG BERSIH



nota:
seorang pegawai kerajaan di bonn gemany
yang telah bengang dengan gerombolan
telah keluar menyatakan sokongan
terhadap bersih

salut untuk orang yang berani!

JPA ARAH KAKI TANGAN AWAM TAK HADARIRI HIMPUNAN HARAM - mkini

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

NOTA:
jelas semakin ramai penyokong bersih
jelas kaki tangan kerajaan juga menyokong bersih
jelas kerana sokongan ini maka surat pekelilingan ini di keluarkan

sebelum mubarak runtuh surat pekelilingan juga telah dikeluarkan
sebelum ben ali cabut lari surat pekelilingan juga telah dikeluarkan