Selasa, 5 April 2011

TUNGGU DAN LIHAT !



KEBENCIAN DAN KEMARAHAN




nota:
dalam budaya melayu
ada satu lagi yang paling hina
selain dari merogol kanak kanak

ini ialah : fitnah!!!






DEDAH AKSI SEKS CANGGAH NORMA ISLAM KATA PERSATUAN ULAMA
- minsider

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

“Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.

nota:
manusia melayu bukan suci
manusia melayu bukan mahsum
manusia melayu macam bangsa bangsa lain
didunia ini memiliki nilai nilai
dan sempadan budaya

manusia melayu mungkin
boleh menerima maki hamun
herdik bising kelam kabut

mereka mungkin mengumpat
mereka mungkin perli menyindir
mereka mungkin kata mengata

tetapi

fitnah adalah satu pekara
yang amat amat dimusuhi oleh
budaya melayu

bila teknoloji dicampur fitnah
maka jawabnya ialah kemaraha
manusia melayu

nantikan
bentuk dan rupa
marah itu !


GUNAKAN AKAL DAN FIKRAH




KENYATAAN MEDIA


5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim





FIKIR DAN FIKIR SEKALI LAGI




nota:
satu konspirasi
satu percubaan
satu penilaian
untuk memisah
yang zalim
dari yang benar!






KLIP VIDEO : KELUARGA PERTAHAN ANWAR, DAKWA TAKTIK LUCAH UMNO –BN
- minsider

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian berani menonton klip seks yang kini disebarkan menerusi dunia siber dan membuat keputusan muktamad — ia “satu lagi contoh taktik politik lucah diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.”
Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, isteri Anwar i Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dan keluarganya berkata:

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

“Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali i Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.”

Kenyataan bersama itu berkata, video seks yang disiarkan di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu disebarkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.
“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.

“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi i Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,” tambah kenyataan itu lagi.

Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR, komponen Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar.
Anwar kini berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, kenyataan keluarga Anwar itu menambah, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Malah dalam kenyataan itu mereka berkata, “siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.”

Kenyataan itu juga berkata, jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang, kata kenyataan tersebut lagi.

“Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.

“Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara,” kata Dr Wan Azizah dan keluarganya dalam kenyataan satu halaman itu.

Dalam menghadapi dugaan ini, kenyataan itu menambah, mereka yakin isu semasa ini ada hikmah di sebaliknya.

“Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 — ulang tahun ke-12 PKR yang lahir daripada kegawatan politik negara.

“Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina,” katanya.

Oleh itu keluarga Anwar berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno-BN ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Klip video yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thai, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.


nota:
tidak ada orang yang lebih
mengetahui tentang anwar
melainkan keluarga anwar sendiri

pembaca tafsir lah sendiri
pembaca memiliki fikrah
pembaca memiliki pandangan

kita telah dibero otak untuk berfikir
fikir lah!





MALIKUL BERFATWA LAGI



PANGGUNG DIATAS BUKIT



nota:
tiga mat janda
akan ditayangkan
dipanggung ini tidak lama
lagi - sila buat tempahan tiket
sekarang - kah kah kah

nota:
tiga mat janda ialah filem
100% ciptaan anak tempatan
tidak ada lakonan ayam siam
kah kah kah


MENJADI BANGSA PENCIPTA
- meloya

Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini berubah menjadi bangsa pencipta dan penambah nilai, sekali gus berhenti menggunakan inovasi ciptaan orang lain.

Muhyiddin Yassin ketika membuat gesaan itu berkata, ia penting bagi membawa rakyat negara ini keluar dari kepompong yang memerangkap mereka di zon selesa sebagai bangsa pengguna.

‘‘Justeru itulah, kerajaan membuat penandaan aras dengan Jepun iaitu sebuah negara yang terbukti hebat dalam aspek penciptaan baru membabitkan ilmu sains dan matematik.
‘‘Melalui kaedah tersebut, kerajaan mendapati rakyat Jepun berfikir dalam bahasa ibunda untuk mencipta pelbagai teknologi dan inovasi baru,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH AKH


woit… MEMANG DAH JADI BANGASA PENCIPTA…. kah kah kah…

kah kah kah… MEMANG PANDAI TAMBAH NILAI…. kah kah kah…

kah kah kah… FILEM TIGA MAT BOROI ADALAH CONTOH CIPTAAN TERBAIK… kah kah kah….

kah kah kah…MENGGUNAKAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK DAN TEKNOLOJI…. kah kah kah…

kah kah kah…TAMBAH NILAI BILA DITAYANG DI CARCOSA…. kah kah kah…

nota:
tapi lain kali tulisan siam itu
hendaklah dipadamkan agar
akan dilihat ini 100% buatan
malaysia kah kah kah

JAWAPAN UNTUK TIGA BOROI





JAWAPAN TERHADAP TAYANGAN VIDEO ‘DATO’ T’ OLEH ‘CYBERTROOPERS’ UMNO


Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang
kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan
saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak
UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan
melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas
menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar
memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar
secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua
tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan
pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini
ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya
kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri
Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani
mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada
editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga
yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman
CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri
ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi
usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan
ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr.
Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang
merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat
menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan
budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan
kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib
menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus
bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


KITA BERSYUKUR TAIB MASIH BERTANDING



KACAK MUDA DAN BERGAYA



nota:
muka macam ini
pasti boleh menjadi
ketua menteri sekurang kurangnya
dua penggal lagi

gerombolan di semenanjung sengaja
kempen mengatakan pehin ini
sudah tua

kalau pehuin tua macam mana
kahwin bini muda kah kah kah




PEMBANGKANG MAHU SAYA UNDUR SUPAYA MUDAH TUMBANGKAN BN : TAIB – berita hairan

Abdul Taib Mahmud, hari ini berkata pembangkang mahu beliau melepaskan jawatannya lebih awal supaya mudah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, walaupun beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, BN Sarawak tetap tidak mudah untuk ditumbangkan.

"Sekalipun saya turun dari jawatan (Ketua Menteri), pembangkang tetap tidak dapat menumbangkan BN Sarawak," katanya ketika menghadiri Majlis Berambeh Jegem di Kampung Tellian Tengah di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SEBENARNYA PEMBANGKANG TAKUT KALAU MUNKEE INI BERUNDUR…. kah kah kah…

kah kah kah…NASIB BAIK MUNKEE INI TAK BERUNDUR…. SENANG BUAT KERJA…. kah kah kah…

kah kah kah…MUNKEE NI TAKU KALAU LETAK JAWATAN…. SPRM AKAN DATANG…. kah kah kah..

kah kah kah… FAIL SUDAH SEDIA… MAT MOMGOL MAHU SATU LAGI CONTOH…. kah kah kah..

kah kah kah… TOYO … TUN LIONG SIK… SEDANG JADI CONTOH DI SEMENANJUNG…. kah kah kah…

kah kah kah… TAIB MAHMUD ADALAH CONTOH TERBAIK DI SERAWAK…. kah kah kah…

kah kah kah…JIKA TANGKAP TAIB MAHMUD SEKARANG… IMEJ GEROMBOLAN AKAN NAIK…. kah kah kah…

woit…KITA BERSYUKUR… MUNKEEE INI PUN SEDAR KALAU LETAK JAWATAN… PASTI KENA DAKWA RASUAH….. kah kah kah…

nota:
harap harap taib mahmud
akan jadi ketua menteri
satu penggal lagi
baru best kah kah kah

LAWAK PAGI SELASA



INI KERJA BARUA



nota:
semua nak menipu
semua nak kelentong
inilah tugas barua
buat tipu hari hari






TIADA KOMPROMI CALON MENANG CARA RASUAH :SPR
- meloya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkompromi dengan mana-mana calon yang menang dalam suatu pilihan raya melalui rasuah, kata Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata, bagaimanapun, SPR bukan badan yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk membuat siasatan termasuk mengenai isu rasuah dan politik wang.

"Kita tidak ada unit, bahagian dan jabatan yang menguatkuasakan perkara tersebut. Kita tidak mempunyai keupayaan itu. Kita tidak ada kepakaran dan tidak ada orang.

"Kita bekerjasama rapat dengan agensi lain iaitu SPRM untuk rasuah dan polis untuk hal-hal yang berkaitan dengan jenayah.

"Jika ada elemen rasuah untuk tujuan menang, atau rasuah untuk membeli undi dan sebagainya, bagi mereka yang tahu, hendaklah lapor kerana ini boleh didakwa,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI LAWAK BESAR DARI SPR… kah kah kah…

woit… MARI KITA SEMUA KETAWA KAH KAH KAH…. kah kah kah…

kah kah kah… NASIB BAIK BANGANG INI TIDAK AKAN BERJANGKIT…. kah kah kah…

kah kah kah…KENYATAAN BANGANG MACAM INI MEMANG MEMBANTU PAKATAN…. kah kah kah…

kah kah kah….MEMBUAT RAKYAT LAGI MENYAMPAH DENGAN SPR… kah kah kah….

nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
pilihanraya ini telah lama di haramkan