Ahad, 14 November 2010

BARU MASUK DARI FACE BOOK




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN !






SHAMSUL ISKANDAR



nota:
anak muda dunia ini
akhirnya milik anak muda
!





CIK GU BARD





nota:
masa depan dunia adalah milik anak muda
lakukan pemilihan yang tepat




NOTA:
sam dan bard :
sila goncang agar lebih
ramai turun mengundi !

DARI FB Muhammad Saufi:

REALITI ATAU FANTASI..??? HAHAHAAA....SEKITAR WILAYAH PERATUSAN KELUAR MENGUNDI AMK SANGAT2 HANCUR! ADA YG KELUAR MENGUNDI 4 ORG, ADA YG KELUAR NGUNDI 3 ORANG, ADA YG BERBELAS BELAS JE, DAN ADA YG TAK KLUAR NGUNDI LANGSUNG! WEI! INI ADALAH PUSAT KEPADA KEBANGKITAN KEADILAN DALAM NEGARA NI TAU TAK !?

INI AJE AMK SEKITAR LEMBAH KLANG YG KITA DOK LAUNG2 HEBAT UTK KE PUTRAJAYA..!!! PASTU BERANI PULAK NAK CERITA AMK DI KALA INI ADALAH PASUKAN YG PALING MANTAP DAN HEBAT UTK TAWAN PUTRAJAYA..!!! JGN SUKE BERRETORIK SAJE UTK DAPAT UNDI.

MEMBOHONG DAN MENIPU ADALAH SATU PERKARA YG TDK MENJANJIKAN APA2 KEBAIKAN KEPADA PARTI, AMK DAN RAKYAT TERUTAMANYA..! BELAJAR TERIMA HAKIKAT DAN MUHASABAH DIRI. AMK HARUS DIBENTUK DGN BERBAGAI CARA DAN LANGKAH.

SEMUANYA TELAH KAMI BENTANGKAN DARI TEAM PENERUS MOMENTUM REFORMASI YG DIKEPALAI OLEH CHEGUBARD. KAMI TDK SUKE MNJANJIKAN BULAN DAN BINTANG! KAMI TDK MAHU MENYEDAPKAN HALWA TELINGA DGN MENJANJIKAN KEDUDUKAN DAN JAWATAN2 ISTIMEWA KEPADA SESAPA PUN! APA YG BOLEH KAMI JANJIKAN ADALAH MENGEMBALIKAN MARUAH DAN SEMANGAT PASUKAN AMK AGAR DILIHAT MNJADI SALAH SATU GABUNGAN DALAM PAKATAN YG AMPUH DAN TEMPUR, BUKAN MNJADI PENYEMAK DAN BEBAN KEPADA RAKAN GABUNGAN DLM PAKATAN RAKYAT..!!!

JESTERU ITU, KAMI TEAM PENERUS MOMENTUM REFORMASI YG DIKETUAI OLEH CHEGUBARD DAN YB CHANG LI KANG DAN BARISAN2 NYA MENYERU DGN SUNGUH2 NYA BAHAWA, KITA AMK TIADA JALAN LAIN DAN TIADA PILIHAN LAIN SELAIN MOBILISE DAN KERAHKAN SELURUUUUHHH ANGGOTA AMK YG BERDAFTAR DI KAWASAN2 YANG AKAN MENGUNDI BESOK DAN SETERUSNYA SEHINGGA MINGGU DEPAN AGAR BERANI MMBUAT KEPUTUSAN UTK BERUBAH!!!

INGAT! KITA PERNAH DIKENALI SABAGAI BARISAN TEMPUR YANG HEBAT DAN AMPUH SATU KETIKA DULU DAN DIAKUI OLEH PIHAK LAWAN DAN KAWAN...!!!

KINI ADALAH MASANYA! KINI ADALAH MASANYA! KINI ADALAH MASANYA! BUAT PERUBAHAN DGN BERANI MEMANGKAH BARISAN PENERUS MOMENTUM REFORMASI YG DIKETUAI OLEH CHEGUBARD DAN SETERUSNYA MENGANGKAT BARISAN INI UTK MENJADI BARISAN AMK YG BENAR2 BERKATA BUKAN BERRETORIK SEPANJANG MASA..!!!


AYUH ANAK MUDA!!!

PARTI INI ADALAH PARTI PERUBAHAN !!!

MAKA BERANIKAN DIRI UTK MMBUAT PERUBAHAN..!!!

HIDUP HIDUP!!!

ANAK MUDA!!! BANGKIT BANGKIT!!! DGN BERANI!!!! REFORMASI..!!!



DARI FB Madness Mohd Zuhairi Khamis :

Apasal cabang2 kat rumpun tengah, timur dan selatan yg di katakan punya anggota yg ramai tetapi hanya sedikit anggotanya kuar mengundi???? indah khabar dari rupa?? apapun kepada semua ahli & anggota Parti Keadilan marilah keluar dan jalankan tanggungjawab anda dengan beramai-ramai pergi mengundi....2 hours ago
( jam3.03 petang )


SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT !




TOLONG JANGAN HINA KAMI !






LAPORAN POLIS TERHADAP DUA ADUN BIADAB
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO ketika sidang DUN, Selasa lalu, dianggap biadab kerana tidak menghormati persidangan itu selain turut menyentuh sensitiviti kaum lain.

Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini semalam melalui Setiausaha Khas Kebangsaannya, Zainol Abidin Ahmad yang ditemani Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay.

Zainol Abidin berkata, laporan polis itu dibuat terhadap kedua-dua ADUN DAP iaitu ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang menggelar Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai monyet yang diikat berikutan satu demonstrasi yang diadakan pada 2 November lalu.

Penggunaan perkataan itu satu penghinaan amat serius dan boleh mencetuskan perkauman kerana UMNO mewakili kaum Melayu. Penghinaan itu tidak boleh diterima oleh mana-mana kaum sekalipun, katanya

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


tukar tiub telah menerima sepucuk idari AMBEC
justeru untuk maslahah kita bersama TT mengambil kesempatan ini
untuk menyiarkan surat ini sepenuhnya :


Kepada Yang Berhormat
RSN Nayer dan Ng Wei Aik
Pejabat Kerajaan Pulau Pinang


Kami memanjat salam untuk tuan Yang Berhormat yang kami muliakan,

Kami meminta maaf jika warkah kami ini menganggu tuan-tuan YB yang kami hormati.

Sebelum kami meneruskan warkah ini ingin kami terangkan apakah dia AMBEC.

AMBEC adalah sebuah kesatuan nasional yang memiliki jaringan ahli di seluruh Malaysia. AMBEC memiliki ahli di semua cabang dan ranting diseluruh Malaysia.Tidak ada lurah dan gunung dimana ahli-ahli AMBEC tidak wujud. Tidak ada Kampong dan Pekan dimana ahli-ahli AMBEC tidak wujud.

Wajib kami terangkan disini bahawa AMBEC adalah badan pokok yang mewakili kesatuan-kesatuan , kumpulan –kumpulan kecil dan kumpulan besar di seluruh negara. Justeru kami adalah badan pokok yang bersifat nasional.

Justeru warkah ini juga mewakili semua kaum kerabat dan jaringan AMBEC dari dalam dan luar negara. AMBEC juga mempunyai hubungan dan kerjasama yang rapat dengan kesatuan LOTIN , MU InC. dan WORLD SIAM UNITED.

Tujuan AMBEC menulis warkah ini kerana baru-baru ini AMBEC telah mendengar dan membaca berita dimana tuan Yang Berhormat telah menyebut dan menyamakan monyet dengan gerakan Pemuda Umno Pulau Pinang.

Apabila AMBEC membaca berita tersebut ahli-ahli persatuan kami disemua rantaing dan cabang telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk meneliti maksud dan niat dari kenyataan YB.

Menulis warkah ini kepada Yang Berhormat adalah sebahagian dari resolusi yang telah kami ambil di mesyuarat tergempar tersebut.

AMBEC ingin bertanya kenapa Yang Berhormat menyamakan Pemuda Umno dengan monyet?

AMBEC kurang faham apakah tujuan yang berhormat mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ini lah persolan yang sering menggangu kami. Ahli-ahli AMBEC merasa amat terggangu dengan kenyataan Yang Berhormat. Bagaimana Yang Berhormat sanggup merendah-rendah nilai moral dan sanggup menyamakan Pemuda Umno dengan monyet.

Apakah perasaan tuan Yang Berhormat ketika melafazkan ayat tersebut. Tidakkah YB sedar betapa tergurisnya hati kami.

Apakah menyamakan Pemuda Umno sebagai monyet ini dasar perjuangan dan garis politik DAP , parti membolehkan tuan tuan di panggil Yang Berhornat. Apakah ini dasar nasional DAP ?

Apakah Yang Berhormat tidak memiliki fikrah untuk mencari persamaan yang lain dari menyamakan monyet dengan Pemuda Umno.

Apakah Yang Berhormat sedar menyamakan monyet dengan Pemuda Umno adalah satu penghinaan yang amat sangat.

Apakah Yang Berhormat tidak ada perasaan sensitif terhadap sesama makhlok?

Apakah Yang Berhormat tidak sedar kenyataan yang berhormat menyentuh sensitiviti kaum lain?

Segala soalan dan isu yang kami timbulkan ini,dengan bangganya AMBEC menyatakan bahawa kami telah mendapat sokongan teguh dan kerjasama yang baik dari jaringan kami di Afrika dan Latin Amerika terutama dari Congo dan Brazil.

Justeru melalui warkah ini AMBEC menuntut agar Yang Berhormat meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

AMBEC juga menuntut agar Yang Berhormat menarik kembali kenyataan tersebut dalam masa 48 jam dari tarikh surat ini diterima.

Jika dua tuntutan ini tidak dilakukan maka AMBEC akan mengarahkan semua ahli di cabang, ranting dan pokok terutama cabang Botanical Garden Pulau Pinang untuk datang menunjukkan perasaan di pejabat Yang Berhormat.

Sekian kami dahului dengan wasalaam.

Yang Bertanggung Jawab
Setiausaha AMBEC
Angkatan Monyet Berok dan Cikah


Turut menyokong:

LOTIN UNION
– Lotong International UNION
MUInC - Monkeys United International
WORLD SIAM UNITED - Persatuan Siamang Bersatu Sedunia

BERAPA RAMAI MENTERI YANG MENTAL ?




SESEKALI LAWATLAH TEMPAT INI



11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL – berita hairan

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental.

Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa.

Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BAHAYA WOOOOI…. kah kah kah..

kah kah kah… LEBIH TIGA JUTA WARGA SAKIT MENTAL…. kah kah kah…

kah kah kah…. NAMPAKNYA … BANYAK MEMBER KITA DAH TAK BETUL… kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU DALAM PARLIMEN ADA 222 YB… BERAPA YANG MENTAL…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA BERAPA MENTERI DAN TIMBILAN?..... BERAPA YANG MENTAL…. kah kah kah..

kah kah kah…. DULU KITA TUDUH KENA RASUK HANTU…. RUPA RUPANYA MENTAL… kah kah kah..

nota:
siapa dapat teka siapa yang itam itam
pendek pendek
montel montel
dan mental mental kah kah kah


nota:
undi bertambah untuk di sandakan dan libran
bukan kerana penyakit mental
tapi kerana silap mata azmin padang tembaga kah kah kah


MALIKUL BERFATWA LAGI




DULU MELAYU DULU SEKARANG APA?



nota:
lihat gambar ini betul betul
perhatikan daging yang melilit
kepala sehinggakan oxygen kureng
bila oxygen kureeng pastilah
susah nak berfikir - langsung tak
ada usaha untuk membaiki imej
muka yang terus menakut nakut
anak anak kecil kah kah kah



HORMAT HAK SEMUA KAUM
– berita hairan

Usah terpengaruh agenda melaga-lagakan rakyat: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin, semalam meminta masyarakat di negara ini mengiktiraf dan menghormati hak kaum lain bagi mewujudkan keserasian bagi memajukan Malaysia.

Sehubungan itu, rakyat seharusnya tidak mengendahkan kritikan serta tohmahan yang melaga-lagakan kaum dan sebaliknya berusaha demi kejayaan negara.

Masyarakat India hanya 10-11 peratus, tetapi kita tetap kena beri sokongan dan galakan untuk mereka berjaya. Begitu juga Tionghua walaupun hanya 20 peratus, pun kena sokong juga.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… HANG TAHU KENAPA MALIKUL INI TETIBA BERFATWA MACAM INI ?.... kah kah kah..

kah kah kah… SEMENJAK MAT MONGOL DI SERANG PENTYAKIT KAH KAH KAH INI MALIKUL SUDAH JADI PM…. kah kah kah..

woit… DULU MALIKUL KATA: I M MALAY FIRST… MALAYSIA SECOND…. kah kah kah..

kah kah kah…. SEKARANG MALIKUL DAH NAK JADI PM…. kah kah kah..

nota:
bayangkan kalau malikul menjadi pm
mungkin pm malaysia akan di anggap
yang tersembab dalam dunia - ini bahaya
kerana malikul akan menjadi contoh untuk warga
menjadi gemok dan tembam kah kah kah


LIHAT APA MALIKUL PERNAH CAKAP

ARKIB : 03/04/2010 – Utusan Melaysia

"SAYA tetap Melayu dahulu". Nada Muhyiddin Yassin tegas. Tiada dolak-dalik dan tidak ditarik balik. Prinsipnya juga jelas. Sebagai orang Melayu di negara yang kata dasarnya juga Melayu, penegasan itu tidak silap dan tiada khilaf.

Perkataan Melayu tertera di dalam Perlembagaan. Ia ditegaskan di mana-mana. Ia datang dahulu, kemudian diikuti dengan bangsa-bangsa lain. Sebagaimana sejarah Tanah Melayu yang menjadi milik orang Melayu dan kemudiannya secara suci hati dikongsi dengan kaum-kaum lain.

Justeru Melayu tetap Melayu. Waima apa juga gagasan atau dasar yang diperkenalkan masih ada klausa istimewa untuk Melayu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
terima kaseh pada arwah ronald reagan
kerana mengarahkan cia melepaskan
internet untuk kegunaan awam.
kalau tak ada internet ini
susah nak buka arkib berita lama
habis kita semua ternganga
mendengar bulat bulat fatwa malikul kah kah kah...


JAGA JAGA DAN BERJAGA JAGA



BLACK MONEY



nota:
jenayah penipuan 419 adalah
jenayah penipuan yang berasal dari nigeria








KEJADIAN DUA LOLOS DIRI TIDAK JEJAS KESELAMATAN NEGARA - melayau

Kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, bagaimanapun, kementeriannya memandang serius perkara itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap dua pegawai imigresen yang mengiringi kedua-dua tahanan berkenaan.

"Dalam hal berkaitan negara, saya sudah kata, kita (KDN) akan mengambil tindakan tegas, tidak kira orang luar atau pegawai kita sendiri sekiranya tindakan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Sudah tiba masanya kita serius hal-hal berkaitan pintu masuk negara dan saya cukup yakin mereka yang terlibat bukan sahaja bertaubat, tetapi menjadi pengajaran kepada pegawai lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Parlimen Sembrong dekat di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kedua-dua pegawai berkenaan kini digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. KES WARGA NIGERIA LAGI…. kah kah kah..

woit… TAPI BERITA INI TIDAK JELAS… kah kah kah

woit… KALAU LEPAS LARI MESTI ADA DALAM NEGAR LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah… LEPAS KE MANA ? … DARI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah… TAK BAHAYA MACAM MANA?.... kah kah kah

woit.. PEGAWAI IMIGRISEN KENA BELI OLEH BLACK MONEY KE?.... kah kah kah

nota:
waspada warga nigerai ini adalah warga yang
membawa masaalah. di afrika sendiri warga nigera
dianggap paling banyak membawa masaalah. kalau
sesiapa menonton filem afrika selatan yang benama: DISTRICT 9
ada babak menunjukkan warga nigeris sebagai pendatang haram ke afrika selantan
kerena passport nigeria dianggap kurang laku maka mereka akan
memyamar dengan mengunkan passport liberia atau negar lain.

jenayah penipuan internet 99% datang dari nigeria
jenayah black money juga datangnya dari nigeria

saban hari jika kota menerima surat pelbagai bentuk dalam internet
tentang meniaga, jual beli barang atau ada duit dollar tersangkut di bank
semuanya kerja warga nigeria.


SILA BACA APA DIA PENIPUAN 419- dari wikipedia

An advance-fee fraud is a confidence trick in which the target is persuaded to advance sums of money in the hope of realizing a significantly larger gain.[1] Among the variations on this type of scam, are the Nigerian Letter (also called the 419 fraud, Nigerian scam,Nigerian bank scam, or Nigerian money offer[2]),[3] the Spanish Prisoner, the black money scam as well as Russian/Ukrainian scam(also widespread, though far less popular than the former).

The so-called Russian and Nigerian scams stand for wholly dissimilar organised-crime traditions; they therefore tend to use altogether different breeds of approaches.

Video instruction on how to file a Complaint with the U.S. Federal Trade Commission
Although similar to older scams such as the Spanish Prisoner, the modern 419 scam originated in the early 1980s as the oil-based Nigerian economy declined. Several unemployed university students first used this scam as a means of manipulating business visitors interested in shady deals in the Nigerian oil sector before targeting businessmen in the west, and later the wider population.

Scammers in the early-to-mid 1990s targeted companies, sending scam messages via letter,[4] fax, or Telex.[5] The spread of e-mail and easy access to e-mail-harvesting software significantly lowered the cost of sending scam letters by using the Internet. In the 2000s, the 419 scam has spurred imitations from other locations in Africa, Philippines, Malaysia, Russia,Australia, Canada, United Kingdom, and the United States. In particular advanced fee fraud in the United States primarily originates from the cities of Buffalo and Detroit.

mereka datang ke malaysia kerana
madey ingin jadi maharaja afrika.


LAGI PAKAI PARANG



KESAH CINTA MAUT




nota:
sesiapa yang belum menonton
filem klasik ini sila cari
dan lihat kesah cinta di zaman
meleset di amerika - dua kekasih
yang hidup merompak dan akhirnya
ditembak mati ta
pi tak pakai parang kah kah kah

TIGA PENYAMUN SERANG POLIS MATI DITEMBAK – melayau

SHAH ALAM 13 Nov. - Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun menganggotai kumpulan samun dikenali sebagai Geng Minyak membawa padah apabila dia dan dua lagi rakannya ditembak mati setelah didakwa bertindak menyerang polis dengan parang di Jalan Kerjaya, Glenmarie, di sini awal pagi tadi.

Dua rakannya ialah Mohd. Khairul Nizam Tuah, 20, dan Muhammad Hanafi Omar, 22.
Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, ketiga-tiga mereka baru menyamun sebuah stesen minyak di U1/1, yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian tembakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
selalu penyamun ini pakai parang
selalu penyamun ini serang polis
baca baca ada saja serangan
dari penyamun yang pakai parang
patutlah kena tembak kah kah kah


sila baca:

TIGA NAFI PEMILIK PRANG DALAM KERETA DIPANDU AMINULRASYID - berita harian

2010/10/21

SHAH ALAM: Persoalan siapa pemilik sebilah parang yang ditemui dalam kereta dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini, belum terjawab selepas tiga saksi pendakwaan yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini menafikan pernah melihat atau meletakkan parang itu dalam kereta berkenaan.

Mereka ialah kakak kedua Aminulrasyid, Tuty Shaninza Anom Amzah, yang pemilik kereta Proton Iswara putih yang dipandu oleh remaja itu pada hari kejadian, suami Tuty, Muzafar Mahali dan bapa mentua Tuty, Mahali Ramlan, pemilik berdaftar kereta itu.
Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15.

Dalam keterangannya, Tuty Shaninza, 36, berkata beliau tidak pernah meletakkan parang di dalam kereta itu, dan ketika ditunjukkan sebilah parang, iaitu satu daripada barang kes, saksi pendakwaan ke-20 itu berkata beliau tidak pernah lihatnya dan tidak tahu siapa pemiliknya.

Tuty Shaninza juga berkata beliau tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa parang sebelum kejadian.

Mahali, 69, yang merupakan saksi ke-21 pendakwaan, pula berkata beliau tidak pernah menyimpan parang dalam kereta itu yang dibelinya pada 2006 sehingga beliau memberikan kereta itu kepada Tuty Shaninza, empat bulan selepas itu.