Selasa, 9 November 2010

SENYUM MAK JANDA




BILA MAK JANDA DAPAT KUASA





CARI CHICKEN KUT !


nota:
pelik dah tua tua
baru kena demam champak?
betul ke ini ?
kah kah kah






PM MASIH JALANI RAWATAN LANJUTAN :TIONG LAI
- melayau

Najib Razak yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital itu, kata Menteri Kesihatan,Liow Tiong Lai.

"Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respon baik terhadap rawatan, bagaimanpun beliau masih perlu ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan," katanya.

Dia berkata, Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya.
"Pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


TT PEMECAH BERITA !!!! SIDANG AKHBAR ZAID IBRAHIM





JENG JENG JENG !





nota:
awal dulu gua sudah cakap
kah kah kah
kah kah kah












AZMIN ALI PEMBAWA MASALAH DALAM PKR


zaid ibrahim baru sahaja mengadakan sidang akhbar.

turut bersama zaid ialah calon timbalan presiden mustapha kamal ayub.

zaid telah menerangkan bahawa jawatan kuasa pemilihan kelihatan
berat sebelah.

zaid meminta pemilihan ini di wafatkan dalam masa 48 jam.

zaid juga berkata masalah ini berpunca dari azmin ali dan
anwar ibrahim.



KENYATAAN MEDIA

9 NOVEMBER 2010

PEMBATALAN DAN PENJALANAN SEMULA PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT 2010


Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.


“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”



MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN



SATU PERCUBAAN MEMBAWA DEMOKRASI





nota:

ini penerusan tulisan perbincangan tentang pimilihan pkr
yang sedang berjalan sekarang. tulisan ini ditulis minggu
lalu dan di cetak di KHABAR KEADILAN hari ini.


BAGAIMANA PEMBAJAKAN TERJADI ( Bahagian 2)

Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat – satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah !

Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku dimana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.

Pemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masaalah yang mucul. Komplin dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan – kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datang nya dari orang luar parti tetapi dari Mustapha Kamal Ayub naib Presiden Parti Kadilan Rakyat sendiri.

Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.

Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan dimana bibit bibit politik wang boleh menerbus masuk dan menjadi barah.

Kalau dalam sistem perwakilan ‘ cukong penaja politik’ hanya melabor dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi ‘cukong’ ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.

Justeeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabor untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis dari pembajakan. Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya – masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.

Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah jurufikir. Kaum pemodal , para cukong dan jurufikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabor. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.

Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat China Doll berkemban di tepi katil.

Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerbus ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabor sekarang sebagai ‘ faedah simpanan berjangka panjang’ jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah di bawah kopek Bik Mama.

Strateji untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaon ini akan menang.

Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lai adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas.

Wahai Dr. Watson, ini elementri Dr. Watson.

Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk menjawat pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.

Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar – jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita cita ini tercapai.

Sabar ! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin akan cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja : sila cari cukong untuk menaja kempen anda!

Jangan risau hati , jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketrampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simin, ada cukong dvd, ada cukong internet, ada cukong papan iklan – ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.

Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabor dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi Adun – menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana ‘rezeki’ akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?

Untuk melelehkan air liur sidang pembaca sekelian biar saya surahkan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar dari belanjawan negeri Perlis. ‘Ngang dan selaras’ tak ‘barang anda’ apabila mendengar fakta ini. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.

Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pisimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar dari di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya surahkan disini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan akidah dalam real politik tidak mencukupi. Real politik bukan tentang niat dan akidah.

Dalam real politik niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula dari niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.

Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar. (TT) (bahagian 3 akan sampai )


SATU LAGI PERNIAGAAN BUMIPUTERA




RAMAI BETUL USAHAWAN



nota:
ada 17,000 tapi ini bukan usahawan
ini dipanggil carikontrekwan
atau niagatasanginwan
atau kakipauwan kah kah kah





AMBIL PENUMPANG DI KLCC KENA BAYAR – berota hairan

Tindakan syarikat pengurusan Operasi Sistem Teksi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) mengenakan bayaran RM50 sebulan selain wang keahlian berjumlah RM120 setahun untuk mendapatkan pelekat biru, sebagai syarat mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan tidak disenangi kalangan pemandu teksi.

Mereka mendakwa bayaran itu membebankan pemandu teksi kerana terlalu tinggi selain ia tidak termasuk dalam syarat mendapatkan permit teksi seperti ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil, pemandu teksi, Suhaimy Salim, 37, berkata beliau terkejut apabila tidak dibenarkan mengambil penumpang dalam kawasan KLCC, Ahad lalu.

Katanya, insiden tidak membenarkan mengambil penumpang di hadapan pusat beli-belah itu adalah pertama kali dihadapinya sepanjang 13 tahun memandu teksi di sekitar Lembah Klang.

nota:
ini pasti syarikat bumiputera
tak ada kerja lain – pau pau pau
apa pasal mereka punggut cukai
orang lain curah tenaga – mereka duduk pungut duit
inilah mondus operandi syarikat bumiputera
pungut duit atas angin
kerja malas
bila china kerja kuat marah
tapi diri sendiri malas bekerja
hanya nak makan tenaga orang lain

selidik punya selidik pasti syarikat ini syarikat kroni kah kah kah

tak percaya sila selidik kah kah kah


IBU BAPA SILA JAGA ANAK ANAK




KAWAN MAT EZAM



nota:
sila perhatikan gambar ini
berhenti sajenak dan padang
gambar ini - kemudian sila
tanya diri sendiri -

apakah muka ini boleh di percayai?
apakah muka sembelit ini
boleh di yakini kah kah kah






NG: SALAHKAH MASUK KAWASAN WAKIL RAKYAT LAIN ?
- mkini

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. ADUN INI PUN SATU HAL…kah kah kah..

kah kah kah… MEMANG TAK SALAH … BOLEH MASUK MANA MANA KAWASAN… kah kah kah..

kah kah kah… TAPI YANG INI JANGAN MASUK… KERANA WAKILNYA TAK BUAT KERJA…. kah kah kah…

woit… BUKAN SAJA TAK BUAT KERJA… CUBA TENGOK MUKA MALAON ITU… kah kah kah….

kah kah kah…. SEMBAB DAN BENGIS…. MUKA SEMBELIT….. kah kah kah

nota:
dari desas desus yang mula
kedengran malaon ini sedang
tim up dengan mat ezam untuk
mula menibai mat toyo kah kah kah


KALI PERTAMA TOYO BERCAKAP BENAR





BILA TOYO NAK PULANG KAN ?



nota:
pergi disneyland sebagai lawatan
resmi - tapi bawa anak bini dan
tukang masak - patut lah mat
ezam marah dengan malaon ini kah kah kah








KHIR RAMAL DEFISIT - melayau

Ketua Pembangkang, Mohamad Khir Toyo tidak menolak kemungkinan Bajet 2011 Selangor yang diumumkan hari ini akan berdepan masalah defisit seperti berlaku dalam bajet-bajet negeri sebelumnya.

Beliau berkata, Bajet 2011 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim itu mungkin berdepan masalah perbelanjaan tidak terkawal sebagai mana berlaku pada tahun 2009 dan 2010.

Ini kerana, katanya, pada tahun 2009 bajet negeri mencatatkan defisit RM49 juta manakala pada Bajet 2010 yang berakhir pada Disember ini mungkin mencatatkan defisit RM144 juta iaitu pada kadar 10 peratus perbelanjaan pada tahun lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… UNTUK PERTAMA KALINYA MALAON INI CAKAP BETUL… kah kah kah..

kah kah kah… MEMANG BUJET AKAN DIFISIT…. kah kah kah…

kah kah kah…. HANYA SEBAB DEFISIT TIDAK DI TERANG KAN…. kah kah kah…

kah kah kah… NAK TAHU KENAPA DEFISIT?..... kah kah kah..

kah kah kah…. BINI TOYO BAWA LARI 8 JUTA RINGGIT…. kah kah kah…

kah kah kah… KENA BAYAR TAMBANG TOYO PERGI DISNEYLAND…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANAH YANG TOYO GADAI KENA BAYAR BALIK… kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK HUTANG TOYO KENA SETTLE….. kah kah kah..

woit… SEMUA PEJABAT KENA BELI PENYAPU BARU YANG LAMA TOYO SUDAH SEBAT……. kah kah kah


nota:
apa jadi dengan driber toyo
yang dapat tanah 200 ekar itu?
siapa jadi driber pada driber ini ? kah kah kah

SIAPA YANG BETUL TAK SUKA SULTAN




INI BARU SULTAN



nota:
kesian tengok sultan-sultan
kena buli siang dan malam
tapi satu masa dahulu
semua sultan jadi kaki buli


SERBUAN SULTAN, GOBIND DIARAH KELUAR DEWAN – mkini

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimana pun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan


GOBIND DIGANTUNG HADARI SIDANG DEWAN RAKYAT SEHARI - berita hairan

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama sehari selepas enggan mematuhi arahan Speakar, Pandikar Amin Mulia supaya tidak menganggu penggulungan yang dilakukan Menteri Dalam Negeri.

Beliau menuntut jawapan daripada Hishammuddin Hussein berhubung kononnya serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… CAKAP DAP ANTI RAJA RAJA MELAYU… kah kah kah..

woit… CAKAP MEREKA TAK HORMAT RAJA RAJA MELAYU… kah kah kah..

woit… CALAP MEREKA NAK UBAH PERLEMBAGAAN…. kah kah kah…

kah kah kah… INI APA CERITA … kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA YANG ANTI RAJA DI SINI… kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA YANG MEMPERTAHAN KAN SULTAN DARI DI HINA… kah kah kah