Rabu, 24 Februari 2010

TERLEWAT 22 TAHUN



EJAAN BERMULA DENGAN HURUF P - BUKAN HURUF F




PAKAR SETUJU BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM - malaysiakini

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Shad Saleem Faruqi , sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:

“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).

“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

KAH KAH KAH…

woit… APA PUNYA PAKAR INI… kah kah kah..

woit… INI SATU MALAYSIA TAHU… kah kah kah..

woit… TAK PERLU GUNA PEN PARKER…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK KAN LUPA SELAMA 22 TAHUN MALAYALI YANG JADI PM DI NEGARA INI…. kah kah kah…

kah kah kah… PEN PARKER NI DAH KETINGGALAN ZAMAN…. kah kah kah…

nota:

yang perlu dibincangkan sekarang
ialah: bolehkah katak menjadi perdana menteri
ini kita perlukan pandangan semua pen paker kah kah kah




SATU LAGI RETORIK TIPU MELAYU



INI BUKAN KEDAI NASI CAMPUR MEK JAH DI BANGSAR - INI WARGA ASING BERJAJA - KENAPA BERI LESEN?




WP TIDAK AKAN BERI LESEN PENJAJA KEPADA WARGA ASING - melayau

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, warga asing tidak akan diberi lesen untuk menjalankan perniagaan di Wilayah Persekutuan bagi menjamin sumber pendapatan penjaja tempatan.

"Sekira diberikan, saya yakin pusat penjajaan 100 peratus akan dikuasai mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa “Green Cities: Putrajaya Urban Conference Series 2010” di sini hari ini.

Katanya, tidak seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan juga tidak mengeluarkan lesen penjaja kepada pemegang kad pengenalan merah.

"Kita sama sekali tidak akan memberi mana-mana ruang kepada warga asing yang bukan rakyat Malaysia untuk menjaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini, jumlah warga asing yang diambil bekerja di pusat penjajaan dan menjaja sama ada secara haram atau menggunakan lesen penjaja tempatan, adalah seimbang.

KAH KAH KAH...

woit... TIPUUUUUU.... TIPUUUUU.... kah kah kah..

woit... SILA PERGI KE CHANGKAT BUKIT BINTANG.... kah kah kah..

woit... SILA PERGI KE BANGSAR TALAWI... kah kah kah...

kah kah kah... RAMAI ORANG LUAR BERJAJA... kah kah kah..

kah kah kah... ADA BERJAJA PIZZA... kah kah kah..

kah kah kah... ADA DARI JERMAN...ADA DARI ITALI.. kah kah kah..

kah kah kah... ADA BERJAJA DAGING BAKAR... kah kah kah.

woit... KFC TU BUKAN WARGA ASING PUNYA?.... kah kah kah...

woit... MEK DOGAL BUKAN WARGA ASING PUNYA ?.... kah kah kah...

woit... TESCO YANG MUSNAHKAN KEDAI RUNCIT SIAPA PUNYA?... kah kah kah..

woit... CAREFOUR YANG MUSNAHKAN KEDAI IKAN MEK JAH SIAPA PUNYA..kah kah kah

woit... IKEA YANG MUSNAHKAN KEDAI ROTAN LEBAI KARIM SIAPA PUNYA.... kah kah kah...

kah kah kah... INI SEMUA NAK MENIPU MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah... INI SEMUA NAK SEDAPKAN HATI MELAYU... kah kah kah..

nota:
orang Melayu
pagi melopong kena tipu
tengah hari melopong kena kelentong
petang melopong kena torak
malam melangok depan tv kena pukau

tanah sekangkang jadi sekaki
nak bersorak tak ada suara
kampung dah lama tergadai
yang tinggal hanya ketuanan Melayu
nak jual pun sudah tak laku kah kah kah




LAGI MELAYU KENA TIPU




KALAU TAK PERCAYA - INI DIA PETANYA




HUSAM : IKLAN PENJELESAN KELIRIKAN , PUSAT WAJAR BETULKAN PENDIRIAN – malaysian insider

Dalam jawapan balas susulan iklan mengenai isu tuntutan royalti minyak disiarkan kerajaan pusat kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa memberitahu, penjelasan itu “amat mengelirukan” dan menggesa kerajaan pusat membetulkan pendiriannya segera.

Husam merujuk kepada Akta pembangunan Petroleum (PDA) 1974 mengenai tadbir urus petroleum terhadap negeri-negeri yang terdapat hasil pengeluaran minyak antaranya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

“Di bawah akta inilah perjanjian dengan negeri-negeri dilakukan.

KAH KAH KAH...

woit... SABAH DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK... kah kah kah..

woit... SERAWAK DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK.. kah kah kah..

woit... KENAPA KELANTAN DAN TERENGGANU TAK BOLEH ?... kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT NANTI SABAH DAN SERAWAK KELUAR MALAYSIA?...kah kah kah..

woit... KALAU KELANTAN DAN TERENGGANU KELUAR DARI MALAYSIA ...BOLEH DAPAT SEMUA DUIT MINYAK.... kah kah kah...




LAGI MELAYU KENA TIPU



BERITA BAIK UNTUK WARGA SABAH




KABINET AKAN PUTUSKAN TARIF BARU LETERIK ESOK – malayau

Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik esok, kata Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd. di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Fah Kui berkata: “Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain.”

KAH KAH KAH...

kah kah kah... JAMIN TAK AKAN NAIK... kah kah kah...

woit... KALAU NAIK ERTINYA GEROMBOLAN NAK BUNUH DIRI... kah kah kah...

nota:
dulu tnb ialah lembaga leterik negara
ini syarikat milik rakyat.
mahafirun swastakan harta rakyat untuk bagi
kroni kaya. paksa tnb beli tenaga leterik dari
syarikat kroni. ini ipp – independent power produceer.
ipp jadi orang tengah. orang tengah ini makan duit buta.
dulu lln tak ada orang tengah. kalau untung ertinya rakyat yang
untung. sekarang kalau untung masuk dalam saku para kroni.

ini pun orang melayu tak sedar sedar.
kena tipu siang malam
cocok api leterik pada ibu jari mungkin
baru orang melayu menjerit sedar kah kah kah





BERITA PALING MENAKJUBKAN




SILING HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI RUNTUH




KERAJAAN CARI JALAN KURANGKAN KOS PEMBINAAN HOSPITAL -melayau

Kerajaan mahu mengurangkan kos pembinaan hospital di negara ini sehingga satu pertiga tanpa mengabaikan kualiti dan kemudahan yang disediakan, kata Koh Tsu Koon.

KAH KAH KAH..

woit... INI BERITA AMAT PELIK.... kah kah kah...

woit... INI BERITA BAHAYA... kah kah kah...

woit... MASA DUIT BANYAK DULU HOSPITAL BARU BUAT ADA YANG BERKULAT DAN ADA YANG RUNTUH.... kah kah kah..

woit... KALI INI BELANJA AKAN DI KURANGKAN....kah kah kah..

kah kah kah.... KURANGKAN SIMIN... KURANGKAN BESI... kah kah kah

kah kah kah... UNTUK SAVE BUJET PAKAI ATAP SEBELAH SAHAJA... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK SAVE BAJET DIBUAT KATIL DUA TINGKAT?... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK SAVE BUJET PEMBALUT LUKA AKAN DI KITAR SEMULA?... kah kah kah...

kah kah kah ... INILAH NAMANYA MALAYSIA BOOOOOLEH... kah kah kah..

woit... HASILNYA: HOSPITAL MENJADI TEMPAT YANG PALING BAHAYA UNTUK DILAWATI.... kah kah kah...

nota:
ingat buat hospital ini
mintak pada lampu aladin ke?
kah kah kah


DARI ARKIB BERITA
28/05/2007
Berita Harian

SUNGAI PETANI: Kira-kira 20 keping siling di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, runtuh dalam dua kejadian berasingan kelmarin dan semalam masing-masing di Wad Pembedahan Lelaki dan pantri Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU).

Kejadian pertama berlaku jam 1.45 petang kelmarin apabila 12 keping siling setiap satu bersaiz 0.6 meter lebar dan 1.2 meter panjang di Wad Pembedahan Lelaki, runtuh tiba-tiba.

Bagaimanapun, siling yang runtuh itu tidak menimpa pesakit di wad berkenaan, yang dijadikan lokasi transit menempatkan mereka yang menunggu untuk dibedah atau dipindahkan selepas pembedahan.