Rabu, 20 Mei 2009

PERLIS JUAL TIMBANG KATI


SHAHIDAN : AHLI UMNO KELAUAR PARTI KERANA DI BUANG DARI JKK
– m kini

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim mangakui beliau ada mendengar cerita ramai ahli Umno di negeri itu telah menyertai pembangkang.

Katanya, mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.


HASHIM SUBOH TAK TOLAK KEMUNGKINAN SERTAI PEMBANGKANG
– mkini

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah…

woit… NAK KELUAR DARI GEROMBOLAN.. KELUAR LAAA…kah kah kah..

woit… JANGAN GUNAKAN PAKATAN …UNTUK JUAL BELI…kah kah kah…

woit...NI MACAM NAK TEKAN MAT MONGOL BUNYINYA...kah kah kah..

woit..NI MACAM NAK TARIK HARGA...kah kah kah

woit… INI MACAM BUDAK BUDAK MAIN GASING…. kah kah kah..

kah kah kah… KAU TAK BAGI AKU MAIN… AKU PANGGIL ABANG AKU…kah kah kah…

woit… JKKK… INI APA NI… JAGA KELUPING KUDIS KE ?...kah kah kah..



PROTES SEBUAH TEATER DINSMAN


BUKAN TAKUT TAPI PROTES - KHAIRY


Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

kah kah kah… PROTES ?.... PROTES?.... PROTES?... kah kah kah…

kah kah kah…. NAK PROTES APA NI?...BANNER PUN TAK PASANG...SEPANDUK TAK NAMPAK.... kah kah kah…

kah kah kah….. JANGAN LAH NAK TIPU ORANG MELAYU…kah kah kah..

woit…. MENGAKU AJE… TAKUT KALAH…TAKUT ALTANTUYA DATANG…kah kah kah…

kah kah kah… DULU KALAU KALAH SALAHKAN MAT NGANTOK kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG MAT NGANTOK DAN TIDOOO…MAT MONGOL KALAH JUGA…. kah kah kah..

woit… NAK TANYA MUNKEEE NI…MAT NGANTOK NI SAPA HAH?... kah kah kah..



REPUBLIKAN DARI PERAK




PERAK JADIKAN EMAS


Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia. (TT)

Tulisan ini boleh diambil untuk digunakan ke jalan yang baik.




MANA KEPALA MUNKEE INI




TIADA KESAN BN TIDAK BERTANDING DI PENANTI
– mkini


Keputusan BN tidak bertanding di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil 31 Mei ini, tidak akan memberi sebarang kesan kepada gabungan tersebut, kata Muhyiddin Yassin.

“Kita tidak bertanding, nak ada kesan apa,” katanya selepas merasmikan majlis pertemuan dengan sasterawan Malaysia dan pelancaran buku terjemahan siri sastera Malaysia di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, tidak ada sebab pembangkang hendak membelasah Umno kerana parti itu tidak bertanding di Penanti.

KAH KAH KAH… NGGOOOK… KAH KAH KAH…

kah kah kah… TAK ADA KESAN ? kah kah kah…

kah kah kah… APA BANGANG SANGAT MUNKEE NI…. kah kah kah..

kah kah kah…. KESAN NYA …GEROMBOLAN KALAH….kah kah kah…

kah kah kah… KESANNYA… RAKYAT SOKONG PAKATAN…kah kah kah…

kah kah kah… KESANNYA …AMINAH ABDULLAH BERTANDING..kah kah kah

kah kah kah…TAK ADA SEBAB NAK MEMBELASAH ?...kah kah kah..

kah kah kah.. WAK SEMBAB NI BETUL NGOK…kah kah kah…

woit… PAKATAN NAK MEMBELASAH HANYA ADA SATU SEBAB SAJE…kah kah kah…

kah kah kah… SEBAB NYA KAMU BANGANG…. INI SUDAH CUKUP…kah kah kah..



MAT REMPIT LAGI



JANGAN GUNA MAT REMPIT LABELKAN SMASENG JALANAN – POLIS
- mStar

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka.

kah kah kah… MAT REMPIT KERJANYA MEREMPIT… kah kah kah..

kah kah kah… SAMSENG BUAT KERJA JAHAT… kah kah kah..

kah kah kah… MEREMPIT TUNJUK COOL… SAMSENG MENCURI DAN MEROMPAK….BAHAYA..kah kah kah..

kah kah kah… TAPI POLITIK WANG LAGI BAHAYA DARI MAT REMPIT…kah kah kah..

kah kah kah… POLITIK WANG AKAN HANCURKAN SATU MALAYSIA…kah kah kah…

woit… BILA NAK TUKAR NAMA POLITIK WANG KEPADA RASUAH… kah kah kah



KESAH IKANG DAN KAMBING LAGI


ISU MB: ADUN TERANGGANU KECEWA DENGAN MUHYIDDIN
–mkini


Ada di kalangan 18 ADUN BN Terengganu yang sebelum ini mahu Menteri Besar Ahmad Said disingkirkan, kecewa dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa menteri besar itu, akan dikekalkan.

Menurut mereka, kenyataan tersebut "terlalu awal" kerana perjumpaan dengan Pengerusi Umno negeri itu, Hishammuddin Hussein belum diadakan.

Seorang ADUN yang enggan namanya disiarkan berkata, sepatutnya kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan Hishamuddin diadakan malam Rabu ini.

kah kah kah… BAGUS… BAGUS… BAGUS… kah kah kah..

kah kah kah… INILAH SATU MALAYSIA MAHU DENGAR…kah kah kah…

kah kah kah…SATU MALAYSIA MAHU LIHAT GEROMBOLAN GADUH SAMA SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah… BAGI MAT MONGOL PENING KEPALA…. kah kah kah…

kah kah kah…. PERAK KACAU… PERLIS KACAU… GANU KACAU… kah kah kah...



KELENTONG LAGI


KOTA BUKU BAKAL DIWUJUDKAN – MUHYIDDIN
– melayau

Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

kah kah kah… KAH KAH KAH… kah kah kah…

kah kah kah… INI LANGKAH NAK BODEK PECINTA BAHASA… kah kah kah..

kah kah kah… INI LANGKAH NAK BUAT BAIK DG SASTERAWAN… kah kah kah..

kah kah kah… INI NAK TIPU RAKYAT TAK NAK HAPUS PPSMI… kah kah kah

kah kah kah… SEKILAS IKAN DI AIR DAH NAMPAK SEMBAB MUKANYA…kah kah kah…

woit… BILA NAK HAPUSKAN PPSMI… JANGAN ALIH ALIH CERITA… kah kah kah