Selasa, 27 Januari 2009

MALAM BAKAR MERCUN


Belum jam 12.00 malam lagi. Lalu berligar melihat Kuala Lumpur.

Arah dituju ialah Jalan Petaling. Bila sampai semuanya telah hampir kosong. Sampah berlungguk dan bertimbun. Dua tiga orang anak muda Burma duduk di tengah jalan sambil minum beer. Anak –anak muda Bangla sibuk menyusun kemas gerai.

Esok cuti Hari Raya Tahun Baru China. Kedatangan Tahun Lembu.

Wajah Jalan Petaling telah berubah. Warong dan gerai semakin banyak di kendalikan oleh anak muda dari Burma dan Bangla. Inilah keindahan kota kita – siapa rajin siapalah yang berniaga – yang malas suka berempit dan bermotorlah- sibuk ke hulu ke hilir.

Disana sini kedengaran bahasa Melayu pasar di gunakan … ‘antie belakang tu mana ... sudah cuti ke ?’ Suara dari anak muda Bangla. ‘…mestilah…’ jawab lelaki Tionghua. Dewan Bahasa dan Gapena tolong ketepi sikit ada bahasa baru hendak muncul.

Tiba-tiba mercun meletup – mercun panjang tetapi bukan panjang sangat –hanya hampir lima minit. Hairan kenapa mercun diharamkam di hari-hari kebesaran? Leceh. Selalu kita diberi alasan - merbahaya - banyak kecederaan – bullshit.

Mana ada orang mati main mercun. Di hari perayaan banyak yang mati di langgar kereta. Kenapa kereta TIDAK diharamkan. Haramkanlah pengunaan kereta dan motorsikal. Kalau betul-betul hendak menjaga keselamatan warga?

Jawabnya tidak berani. Betul-betul Mat Lebong anti kegumbiraan.

Kenapa mercun berani diharamkan. Jawabnya kalau diharamkan maka ada lubang untuk buat RASUAH. Setiap lubang yang ditutup mesti ada lubang dibuka untuk rasuah.

Restauran Kain Merah masih dibuka. Ramai muka Mat Saleh. King Kong tempatan dan Minah Sarong Party tidak kelihatan. China Doll jarang datang kesini kerana belum faseh BI – kalau sudah faseh pasti tempat ini akan di penuhi oleh China Doll.

Menghala ke Pub Rasta kelihatan Mat Bangla jual bunga. Ramai Amoi , Amoi Tua dan Apek sedang mencari bunga. Bunga yang di cari hanyalah bunga yang namanya seakan-akan berbunyi Emas, duit dan harta. Ini budaya China yang suka apa sahaja yang ada kaitan dengan duit dan harta.

Nanti, kalau hendak beri hadiah pada awek China atau bakal Pak Mertua China – berikan mereka satu tin kaya. Katakan : ini niat suci dan harapan - hendaknya melalui tin kaya ini si penerima akan cepat dapat duit jadi kaya raya.

Sebelah Pub Rasta ada Kuil – ramai mereka yang warak sedang keluar masuk. Semua sedang khusyuk bersembahyang memasang colok. Asap berkepul-kepul. Hendak masuk tak sempat kerana terlalu ramai yang hendak bersembahyang. Ada pula Rela yang hendak jadi gedebe di tepi pintu sedang mengawal.

Apa yang sedang di kawal ialah ‘orang msikin’ yang sedang menghulurkan tin sadin dan mangkuk plastik – meminta orang yang keluar dari kuil bersedekah. Nah – orang China pun tahu bersedekah jariah. Bersedekah ini bukan hanya amalan orang Melayu. Jangan sibuk dengan Ketuanan Melayu – nanti jadi Ketuanan Yahudi Zionis – tidak sedar agama lain pun sama – menggalakkan ummahnya bersedekah.

Siapa yang meminta sedekah – kebanyakan warga kota yang tidak ada rumah dan tempat tinggal. Mereka ini adalah warga Makanan Bukan Bom/Food Not Bomb. Majoriti yang beratur di tepi pintu kuil ialah Melayu yang telah lama meninggalkan Ketuanan Melayu. Inilah Malaysia kita yang tidak di sedari oleh kumpuln Pewaris yang asik-asik dengan Hidup ISA.

Tidak ada suasana perkauman disini – yang khyusuk bersembahyang dalam kuil memasang colok dan minta doa orang China. Yang mendoakan di luar orang Melayu.

Sesekali ada kedengaran bunyi mercun. Tak kuat dan tidak memanjang.

Meninggalkan Jalan Petaling ke arah Bukit Bintang. Di sebelah BB Plaza ada kugiran sedang bermain. Ini kampong Mat dan Minah Dangdut. Kugiran memainkan lagu-lagu dang dut – ( nasib baik pemuda Pas Wilayah tak sedar ) hebat show malam itu – ada Inol tempatan – saorang Purtan bergerudi untuk menghibur mereka yang bercanda dan bersantai.

Sayang Minah Cun dan Mat Jambu tidak banyak kelihatan. Kebanyakan muka di sana macam muka Aman Belon. ( Siapa tidak tahu Aman Belon sila tanya Pak Cik saya Lebai Google).

Hampir jam 3.00 pagi baru pulang. Tahun Lembu sudah sampai. Siapa agaknya yang akan jadi lembu tahun ini?

Nak Yamseng agak terlewat. Hendak hantar ucapan Selamat tahun baru melalui sms kredit sudah habis. Nak beli keretek di Chow Kit buang masa sahaja. Cilaka – Suraya 10 batang yang ori sudah dua bulan tak ada dalam pasaran.

Apa punya tuuurr… keretek pun susah nak dapat. Betul-betul Tahun Lembu.




PECAH!!! TERKINI – PECAH BERITA !!!!


Tajul Rosli akan letak jawatan.

Berita terus tersebar - akan ada lagi Adun dan Ahli Parlimen yang akan meninggalkan gerombolan.

Isteri Rosmah Mansor sedang menerima tekanan hebat. Telah mula kedengaran desas-desus di kalangan gerombolan sendiri yang mahu Abdullah Badawi meneruskan pimpinan.

Parti Pas secara resmi telah meminta Abdullah Badawi terus menjadi PM walau pun bukan ketua gerombolan.

Ku Li, pemimpin Orang Asli dari Gua Musang dan bercita-cita besar untuk menjadi ghurkha gerombolan telah juga meminta Abdullah Badawi terus menjdi PM.

Jong pecah you kenyang. Kapal pecah di Selat Melaka rokok keretek tak sampai di Chow Kit.

Tunggu dan lihat.




KEPUTUSAN BEDAH SIASAT DIJANGKA 4 MINGGU - melayau


KUALA LUMPUR 26 Jan.- Keputusan bedah siasat kedua ke atas mayat suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, A.Kugan, 22, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam, dijangka diketahui dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.

Keputusan tersebut akan dapat diperoleh selepas beberapa ujian dan penyelidikan ke atas beberapa sampel yang diambil termasuk tisu kulit mayat Kugan selesai dijalankan.



kah kah kah… PELIK TETAPI BENAR… BEDAH SIASAT YANG PERTAMA BOLEH SIAP SEHARI…. kah kah kah… YANG KEDUA MENGAMBIL MASA SEBULAN…. kah kah kah….

kah kah kah…. woit….nak hantar ke bulan ke?.... kah kah kah…cakap kena asma…. kah kah kah….

woit…. tolong masukkan dalam guiness boook of record… kah kah kah…

kah kah kah… BEDAH SIASAT YANG TERLAMA DALAM DUNIA… kah kah kah... BEDAH SIASAT TERPANJANG DALAM DUNIA... kah kah kah... BEDAH SIASAT TERLEBONG DALAM DUNIA.... kah kah kah




KEPUTUSAN NASARUDDIN TIDAK JEJAS BN PERAK - bernama


IPOH 26 Jan. - Keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Katanya keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


kah kah kah…. MEMANG LAH TAK JEJAS BN PERAK….. kah kah kah…

woit… munkeee ni ngoook…. BN BUKAN MEMERINTAH DI PERAK….. kah kah kah…

woit…. munkeee…. KALAU MAIN BOLA DAPAT GEROMBOLAN DAPAT KOSONG PAKATAN DAPAT SEPULUH…. masuk lagi dua gol untuk pakatan tak akan jejaskan kosong…. kah kah kah…

woit…. dulu napa ambil satu minggu nak tinggal kan rumah resmi MB…. kah kah kah… dah lah lambat keluar….. masa keluar menangis pulak…. kah ah kah


MB PERAKA DAKWA LAGI ADUN BN MAHU KELUAAR PARTI
- bernama


IPOH 26 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini.



kah kah kah… KELUAR …. TINGGALKAN GEROMBOLAN…. SORANG SEMINGGU….. kah kah kah…. BARU GEMPAQ NEGARA….kah kah kah

woit…. semua adun yang kalah ketua bahagian …. kerana politik wang…. nak tunggu apa lagi…. cabut… cabut….lebih baik tinggalkan gerombolan…. kalau tidak pru ke 13 tak dapat kerusi…. kah kah kah….

woit…. kalau masuk pakatan kerusi terjamin…. kah kah kah



SEMUA WAKIL RAKYAT BN IKRAR TAAT SETIA – ISTERI ROSMAH - melayau

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Semua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak menyatakan kesetiaan mereka untuk terus bersama parti walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Kesetiaan itu diikrarkan oleh wakil rakyat berkenaan pada perjumpaan khas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta di sini malam ini.

Menurut Najib, semua mereka menyatakan komitmen masing-masing untuk terus bersama parti termasuk beberapa wakil rakyat yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.



kah kah kah….KENA ANGAKAT SUMPAH…. kah kah kah… kesian…. kah kah kah…

woit…. nak tanya yang 7 orang yb tak datang tu… depa pegi mana?.... kah kah kah…

kah kah kah…. tak kan semua pergi indon… kah kah kah….

woit… INI ANGKAT SUMPAH MACAM SAIFUL BOOK CURRY KE ?.... kah kah kah….

kah kah kah…. lebih selamat kalau semua yb gerombolan ini diikat sama sendiri…. kah kah kah…. macam ikat lembu…. kah kah kah…. jamin tak lari…. kah kah kah



WAKIL RAKYAT BN SABAH TIDAK IKUT LOMPAT - melayau

SANDAKAN 26 Jan. - Barisan Nasional (BN) Sabah memberi jaminan tiada wakil rakyatnya yang akan melompat parti seperti dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar parti dan menyertai pakatan pembangkang di Perak.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, tiada sebab wakil-wakil rakyat BN Sabah berbuat demikian kerana gabungan itu merupakan kerajaan yang terbaik di Malaysia.


kah kah kah…. APA HAL MUNKEE NI?..... ORANG TAK TANYA PUN DIA… kah kah kah…. KENAPA JADI PAK SIBUK…. kah kah kah… NAK BODEK KE ?... kah kah kah…

woit… JANGAN CAKAP AWAL SANGAT…. kah kah kah…



HARGA GULA NAIK SELEPAS TAHUN BARU CINA ? - melayau

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat.

"Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya.



kah kah kah…. berita berita macam ni… nak test market…. kah kah kah…

kah kah kah…. minggu depan munkee ni akan kata harga tak naik…. kah kah kah..

kah kah kah… kemudian munkee ni kata…. ini pengorbanan gerombolan untuk rakyat…. kah kah kah…

woit…. tak paylah laaa buat tipu helah ini… kami dah ada internet…. kah kah kah… jangan nak cuba bodohkan rakyat…. kah kah kah…